Friday, January 16, 2009

Aku benci menjadi manusia sensitif.

Sebab aku perlu peduli kalau hari ini dia tak gembira. dan aku lagi peduli kalau aku tak dapat gembirakan dia.

Nak gembirakan jee, aku perlukan ais krim.
Nak gembirakan ketua layout, aku perlukan Livita.
Nak gembirakan ultraman, aku perlu sediakan telinga.[dan laptop aku rasa]
Nak gembirakan puan rumah, aku perlu kata “YA”.
Itu belum kes-kes terpencil

Gembirakan aku?terima kasih

Marah aku, kalau aku malas.
Ingatkan aku, jangan biar lupa.
Jeling aku, kalau boros belanja.
Biarkan aku, kalau diam tak mahu berkata.
Kejutkan aku, kalau terus lena.

Aku benci menjadi manusia sensitif.

Pinjamkan aku kaki, aku tak tahu jalan.
Aku mahu tangan, pimpin aku jalan.
Pentingkan aku, kalau aku penting.
Aku tak suka tunggu, cepat ya.

Aku benci menjadi manusia sensitif. kenapa hanya ada bantal bila aku mahu menagis

3 comments:

Anonymous said...

emmmmm....
nie sorang lagi member yg cedih..
sory ultraman terlampau bz smpai tak de masa tuk melihat di sekeliling sekarang nie..
semua ini gara si g****!!
untuk menggembirakn rumate myb ultraman akan cuba lagi sentiasa berada disisi dan ye bila rumate xnak cakap ultraman akn biarkan sahaja (if rumate perasan)..

panggil sahaja jika perlu akan aku terbang ke tempat mu..

2009?? emm adakh tahun yg menyedihkan wahai sahabat2 yg
disayangi??

ultraman sentiasa percayakan rumate..u have my trust girl..

Anonymous said...

kekeke, komen ultraman kat blog ni dan blog jee cam sama je...

aku hanya seorang goku.

Anonymous said...

tlg delete pic nie.