Thursday, February 5, 2009
Friday, November 21, 2008
cikai-kamu-kami-aku
Owh…universiti penang kita membuka lompang ruang untuk mereka-mereka bergred cikai untuk menjawat jawatan yang masih kosong.
Dan masih kosong bererti ada kosong lagi walaupun sebelum ini ada usaha untuk mengisi.tahu?
Bagi sesiapa yang ingin memohon jawatan pegawai tadbir pula, bersedialah untuk ditemuduga sebanyak empat kali. Itu pun kalau kamu berjaya ke ujian saringan peringkat pertama.
Dan masih kosong bererti ada kosong lagi setelah diisi oleh kamu-kamu yang pergi ke Beijing, Filiphina dan United Kingdom atas tiket mewakili kami-kami yang dihambat untuk keluar mengundi pada pilihanraya kampus dulunya.
Dan masih kosong itu juga bererti ada kosong lagi untuk kamu-kamu yang sekarang bekerja menguruskan barang-barang di stor gedung beli-belah yang canggih sikit untuk waktu ini, disini. tidak perlu aku maklumkan, kamu-kamu yang sekarang menguruskan stor tentu saja sudah tahu kamu hanya mampu angankan ‘uniform biru’ sahaja yang konon-konon tugasnya menjaga keselamatan kami-kami. ‘Polis universiti’ kata makcik-makcik.
Kamu-kamu yang lain, jika ingin terus bekerja sebelum bergraduasi pilihlah untuk mengikut jejak langkah pemimpin perwakillan di tempat kamu belajar.
Buka apa, supaya daripada PNGK cikai-cikai kamu itu, kamu berjaya menerima pingat emas naib canselor berdasarkan keaktifan dalam menjayakan pelbagai aktiviti rasmi universiti. tahu?
Dan supaya sebelum orang lain dipanggil untuk temuduga, kamu sudah bergelar penolong pendaftar di institud latihan siswazah. Paling cikai la…
Aku? Aku cikai. Mana layak nak jadi wakil kamu-kamu
Friday, October 24, 2008
Mungkin mereka tipikal dan aku taklah complicated sangat!!
Bukan sama ke?heh
Siresly….masa aku banyak dihabiskan dengan membaca blog-blog yang ada di pasaran.pasaran?? gasak. aku suka cara mereka menulis. Deep.
Patutnya aku sarankan mereka ambil kelas dr. azwan-penulisan@546rencana. Tentu dr bujang itu gembira menghabiskan malam-malam bosannya dengan bergelak ketawa membaca tulisan tulisan itu.
betul.sungguh.bohong….tolong google sebelum percaya.
Aku tahu membaca blog tidak akan membantu aku meningkatkan CGPA aku. Namun itu juga yang aku ‘petik’ setiap kali aku dalam talian.haih
Ya.aku perlu habiskan membaca buku free [the you in journalism] yang masih lagi di muka 13 walau sudah hampir setahun aku simpan buku itu. Ya aku perlu habiskan membaca supaya tidak ada mana-mana penaja serik untuk menaja lagi.
Itu bukan “?”[soalnya]
Kebiasaan, penulis penulis blog yang lelaki akan menulis dengan gaya deep tahap parlimen sesuatu isu besar atau akan membesarkan isu isu terpencil dan begitu juga yang perempuannya.
Memang deep.tapi aku juga muak…kerana gadis-gadis dari republik juga satu isu besar bagi mereka. Biasalah...takat posing depan cermin dan snap snap dan snap. Cara manusia mendefinisikan ketamadunan mungkin dah berubah. jangan silap.aku juga pernah rasa loya dengan situasi begitu namun kalau itu cara gadis gadis itu menambahkan kualiti hidup mereka, biarkan. Teori yang sama bila kau boring dan tak ada orang yang datang menghiburkan.jadinya kau terpaksa menghiburkan diri sendiri atau berpura-pura terhibur dengan orang-orang disekeliling kau.
Ah..mungkin aku silap. Tulisan ini bukan apa-apa.
Sudahlah. Entri ini bukan ‘deep’ macam Lucius Maximus atau macam Anak Mat Nor. Kau boleh delete terus dari bookmark kau sebab kau sedang buang masa membaca entri aku ini. Biarlah aku buang masa aku seorang saja.
Lihat.aku sudah mula kebosanan.
Ini bukan cerita bawang merah bawang putih versi mak kundur dan mak labu.tapi aku rasa nak bungkus sekarang.balik rumah kak aku di balik pulau. Kalau balik malam ini mungkin sempat lagi buat-buat terserempak dengan pakcik-pakcik doktor yang menyewa depan rumah kak aku tu. Ya..teori kebosanan yang sama. Aku masih perlukan entertainment hebat sebelum exam.dan aku sanggup redah hujan malam ni.
Hidemichi kimura. Betul aku tak sedar sejak bila aku mula mengambil sesuatu yang bukan milik aku. Sekarang...aku pulangkan.
Tolong berenti hubungi aku.mudah.sama macam dia lakukan pada aku.lakukanlah...sebelum aku yang lakukan begitu.
rasanya, aku patut bawak balik sekali baju-baju kotor aku.
senyum kalau betul.dan lagi...jangan panggil aku balik sini
Sunday, October 12, 2008
Datuk ku Datuk mu JUGAK
hebat betul pemilihan calon.
shit!
Kesian Shah Rukh Khan. aku tau...dia tak bersalah.
agak-agak..kalo aku terus tulis blog..boleh dapat "Datuk" tak?heh
andainya ditakdirkan aku yang kena cover story ni camne la kan. mau muntah sampai tak sedar diri dibuatnya..
aku rasa...mangkuk yang bagi cadangan ni buta kayu.
aku kena saman tak pasni??
peduli apa...aku rakyat Malaysia jugak.
Saturday, October 11, 2008
Siri Berdialog Dengan JEE
sedang aku tunggu bas masa nak balik raya...teringat nak msg jee. banyak sangat rasanya silap aku ngan jee. dosa terkumpul tak kira lagi..
bila dah sattle benda harus buat...jee inform aku yang dia nak wat rencana.columm kembara. aku on jerr.
5 hari lepas raya...jumaayah msg aku. dia cakap nak wat rencana kembara. aku malas nak buang masa pk sal dia. aku reply "OK".
8 oktober 2008
jee: KP BK6 tak adil. berat sebelah. zalim!!
aku: jee...
jee: DISKRIMINASI.
aku: jee please
9 oktober 2008
jee: awak tak adil!!
aku: jee...sy betul-betul terlupa yang awak da gtau saya awak nak wat rencana tu. masa eng lan mention sal rencana baru saya ingat. sorry.
jee: xder xder... awk memang tak adil. nape awak bagi bestfriend awak tu wat kembara??
aku: jee...saya nak cakap 2 benda je kat awak. 1. saya mintak maaf. 2. saya harap awak faham kenapa saya biarkan dia wat rencana tuk columm kembara.
jee: [diam]
aku: [yes. jee dah xder ayat nk argue.heh]
aku memang macam ni.
Wednesday, July 30, 2008
Andai benar AKU Bersalah
ini prof aku. prof musta.
ini prof aku. mustaffa kamal anuar. taiko of d idea about mainstream media. korang tak cukup intelektual kalo tak kenal prof aku yang sorang ni.
arghhh!! susah betul nak wat appoiment ngan dia. kalo aku pasang khemah depan school pun belum tentu aku boleh jumpa dia. haila...
aku nak kidnap dia. please stop me!!
Tuesday, June 24, 2008
CIK PINK-aku tak bersalah
Ini cik pink. sebab dia pakai pink, so aku panggil la dia cik pink. sesuai ngan orangnya yang macam bagus!!
cik pink ni aku jumpa atas bas. rapidpenang. masa tu kat jetty. aku rasa cik pink ni bukan orang sini sebab dia membodohkan dirinya. wala.....aku tak bersalah!!
sory arr cik pink, ko memang bersalah sebab buat bijak kat tempat orang.
alkisah cik pink ni sebenarnya telah menunjukkan rasa tak puas hati dia dekat atas bas. satu bas tu dengar dia membebel sebab sistem bas rapidpenang yang xsama ngan sistem rapidkl. kesnye sebab kat KL satu tiket untuk sehari. tapi kalo kat penang, satu tuket untuk sekali naik.
dah sudah.....xpuas hati sal tambang bas, driver bas yang kene. kesian pak cik tu. haila... agaknya la kan....kalo cik pink ni naik bas milan yang tunggu bas penuh baru nak jalan pastu siap xbagi tiket bas lagi.....per benda la yang akan kuar dari mulut dia kan??

