Friday, November 21, 2008

cikai-kamu-kami-aku



Owh…universiti penang kita membuka lompang ruang untuk mereka-mereka bergred cikai untuk menjawat jawatan yang masih kosong.


Dan masih kosong bererti ada kosong lagi walaupun sebelum ini ada usaha untuk mengisi.tahu?


Bagi sesiapa yang ingin memohon jawatan pegawai tadbir pula, bersedialah untuk ditemuduga sebanyak empat kali. Itu pun kalau kamu berjaya ke ujian saringan peringkat pertama.


Dan masih kosong bererti ada kosong lagi setelah diisi oleh kamu-kamu yang pergi ke Beijing, Filiphina dan United Kingdom atas tiket mewakili kami-kami yang dihambat untuk keluar mengundi pada pilihanraya kampus dulunya.


Dan masih kosong itu juga bererti ada kosong lagi untuk kamu-kamu yang sekarang bekerja menguruskan barang-barang di stor gedung beli-belah yang canggih sikit untuk waktu ini, disini. tidak perlu aku maklumkan, kamu-kamu yang sekarang menguruskan stor tentu saja sudah tahu kamu hanya mampu angankan ‘uniform biru’ sahaja yang konon-konon tugasnya menjaga keselamatan kami-kami. ‘Polis universiti’ kata makcik-makcik.


Kamu-kamu yang lain, jika ingin terus bekerja sebelum bergraduasi pilihlah untuk mengikut jejak langkah pemimpin perwakillan di tempat kamu belajar.


Buka apa, supaya daripada PNGK cikai-cikai kamu itu, kamu berjaya menerima pingat emas naib canselor berdasarkan keaktifan dalam menjayakan pelbagai aktiviti rasmi universiti. tahu?


Dan supaya sebelum orang lain dipanggil untuk temuduga, kamu sudah bergelar penolong pendaftar di institud latihan siswazah. Paling cikai la…


Aku? Aku cikai. Mana layak nak jadi wakil kamu-kamu

1 comment:

Anonymous said...

dan ultraman, kalau kamu tahu aku cakap pasal siapa, esok jugak kita gi makan pizza.