Tuesday, June 24, 2008

CIK PINK-aku tak bersalah


Ini cik pink. sebab dia pakai pink, so aku panggil la dia cik pink. sesuai ngan orangnya yang macam bagus!!

cik pink ni aku jumpa atas bas. rapidpenang. masa tu kat jetty. aku rasa cik pink ni bukan orang sini sebab dia membodohkan dirinya. wala.....aku tak bersalah!!

sory arr cik pink, ko memang bersalah sebab buat bijak kat tempat orang.

alkisah cik pink ni sebenarnya telah menunjukkan rasa tak puas hati dia dekat atas bas. satu bas tu dengar dia membebel sebab sistem bas rapidpenang yang xsama ngan sistem rapidkl. kesnye sebab kat KL satu tiket untuk sehari. tapi kalo kat penang, satu tuket untuk sekali naik.

dah sudah.....xpuas hati sal tambang bas, driver bas yang kene. kesian pak cik tu. haila... agaknya la kan....kalo cik pink ni naik bas milan yang tunggu bas penuh baru nak jalan pastu siap xbagi tiket bas lagi.....per benda la yang akan kuar dari mulut dia kan??

Monday, June 23, 2008

INDAH-aku tak bersalah [jilid terakhir]


err...semalam aku makan ais jagung arr. xjadi makan ABC.

Sambung cter....
seriously, aku nampak mulut dia terkumat-kamit, mata pandang luar dan tangan pegang al-Quran. jatuh rahang bawah seh! memang indah babe!! ingat tiap-tiap hari boleh nampak pemandangan macam ni...

pastu baru aku teringat. tadi mak dia senyum kat aku la.....tp masa tu aku bz melayan aunt kat stesyen bas tu. adeh!! nyesal xbalas senyuman mak dia.

pastu aku memang dah pegang MP4 aku. aku plan, asal dia toleh jerr, aku klik jerr terus. tapi, uiks....segan la pulak. dah la mamat ni engsem tahap matsumoto jun. pastu sure nye mak dia bagi title anak soleh!!

aku?? kang jatuh arr saham aku kalo g tayang muka depan dia ngan mak dia. lagipun....budak budak arr. aku rasa kalo tak 18 tahun, mesti 19. innocent lagi.

aku tak bersalah kalo sekadar memuji......keindahan. erk!! rasa macam indah lagi jerr dari tapak sulaiman.

Sunday, June 22, 2008

INDAH-aku tak bersalah

semalam balik dari xsgment kat usm, macam biasa aku pilih rapidpenang. bukan sebab bas rapid tu baru or driver bas tu teramatlah hensome. tapi sebab rapidpenang adalah satu-satunya bas kat penang yang tak pernah tunggu orang. macam aku.

aper benda paling indah yang korang penah tengok?? aku rasa semalam aku tengok benda paling indah dalam hidup aku. tak sangka, aku yang memang indah telah diindahkan lagi dengan keindahan itu.

haila. semalam aku der nampak sorang mamat ni ngan mak dia. gantang bangat. aku suspek dia bukan orang sini sebab naik bas tanya driver dulu bas ni nak kemana then baru bayar tambang. kira orang luar la tu kan....

tengah aku berangan dalam bas tu. tetiba aku nampak mamat ni ngan mak dia. heh! bila masa pulak mamat ni naik bas skali ngan aku. ah....lantak arr.

pastu skali aku tengok dia keluarkan al-Quran dengan mulut terkumat kamit tengah jalan...

bersambung. aku nak g makan ABC

Thursday, June 19, 2008

MEMBACA-aku tak bersalah


Balik keje. letih tahap gaban kene belasah. aku letak beg laptop aku dengan penuh kasih sayang. pastu tengok rumate tengah tido. alahai....bestnye.

belum pun peluh kat ubun-ubun kering, aku ternampak sebuah buku. macam best jer buku tu.....kaler-kaler. aku rasa tu bukan milik aku. kalo bukan aku punya....mesti la rumate aku punya. kan?

tak dapat lagi menahan keinginan, aku atur langkah seperlahan mungkin. kang rumate aku terjaga, kantoi pulak. sekali aku baca tajuk buku tu......rasa macam nak gelak jerr kuat-kuat bagi rumate aku terbangun dari tido dia. Ceh!! buku ni pun baca.....

kalo korang, korang baca tak buku neh biarpon korang ditakdirkan xder teman sepanjang idup korang?? >PANDUAN UNTUK PENGANTIN BARU< har har har...

Saturday, June 14, 2008

Sekolah xder Yuran


Aku buka sekolah<<

Dalam usaha aku mengekalkan ketamadunan yang kian terhakis tanpa mengikis, aku telah membuat keputusan untuk membuka sebuah sekolah. Institusi yang tiada pihak menaruh minat untuk mensponser ini telah mendapat biayaan sepenuhnya dari owner yang suka buat apa yang dia suka buat dan langsung tidak mempedulikan benda-benda yang dia tidak suka buat, iaitu aku.

Sekolah yang aku buka ini akan mempunyai kelas-kelas mengikut tahap kekhilafan dan kedaulatan seseorang. Apa yang istimewa mengenai sekolah ini adalah aku tidak memperuntukan insuran malu atau sehelai tisu sekalipun untuk menutup tahi lalat sekiranya disekolahkan di hadapan orang ramai.

Menyahut seruan globalisasi, aku juga tidak akan mengira warna kulit, garis kedutan di wajah, warna baju, jumlah uban, rakan taiko atau berapa banyak master card yang dia ada dalam memastikan orang_yang_aku_maksudkan menyerap pembelajaran yang diterima secara percuma ini. Dengan rasa macam best, aku mempertaruhkan MP4 aku yang dapat merakam pesona-pesona yang menyapa pandangan biarpun berkapasiti 1.3M pixels sahaja.

Sementelah menggariskan unsur-unsur yang dirasakan perlu, misi dan visi sekolah ini juga masih dalam proses memperkasakan organ dalaman sebelum diangkat sebagai kuasa veto yang memandotorikan apa yang dipanggil ISA, OSA atau APS. APS?? Ya...Aku Punya Suka!!

Sekian dulu proposal untuk buka sekolah ini. Malah aku belumpun lagi memikirkan nama yang sesuai kepada sekolah yang akan di buka dengan kehadiran unsur-unsurnya sahaja. Sebarang cadangan bolehlah menghubungi PA aku.

Sunday, June 8, 2008

Wajib Baca, Haram kalo Buat Xtau


Adalah dimaklumkan bahawa ini adalah ruangan rasmi aku. Aku berhak 175% keatas, kedalam, kesisi dan keseluruhan blog ini. Sebarang urusan tidak rasmi sila berhubung terus dengan personal assistant aku yang begitu setia tanpa kompromi biarpun aku tidak pernah bayar gaji. [chafizomie_86@yahoo.com].

Sementelah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, perkara 152, 153 dan artikel 149 (2) (a) dan (b) memperuntukan hak kebebasan bersuara dalam negara demokrasi biarpun masih terletak pada budi bicara parlimen untuk pindaan atau ‘menindan’. Dimaklumkan juga aku takkan pernah untuk mengajak pembaca-pembaca blog aku untuk berpiket atau berdemontrasi biarpun aku maklum ini adalah ruangan untuk ‘menunjuk perasaan’.

Dalam kes yang bukan julung kali berlaku ini, aku meletakkan PA aku sebagai taruhan sekiranya ada pihak yang ingin berkongsi ‘perasaan’ berkaitan apa yang [telah, tengah, sedang, masih, akan dan dalam perancangan] aku tulis ini sebagai wadah untuk menggodam sewaras mungkin berdasarkan logik akal kerana aku yakin dan percaya...semua blogger di Malaysia adalah bloger bertamadun.

Dengan penuh takzim aku memuji blogger semua, sebagai imbal balas aku ingin dibuktikan yang aku betul dengan kewarasan dan ketamadunan mereka_yang_aku_maksudkan.

Memegang mandat sebagai ‘owner’, aku ingin pastikan semua yang penah masuk blog ini tidak keluar dengan sesatnya bukan kerana aku sediakan peta atau tambang bas, tetapi kerana ini bukanlah blog yang menghentam orang tanpa sebab melainkan mereka-mereka_yang_aku_maksudkan ada kena mengena dengan aku. Aku punya bukti yang tidak dapat menghalang aku dari terus bersuara menggunakan medium yang orang bertamadun guna-pakai sehingga pak lah sendiri mengakui kehebatan arena blog, blogging dan blogers ini.

Sementelah aku adalah rakyat Malaysia dengan barcode bernombor 86*52*-02-5*5* seperti yang telah diberikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, dan di sahkan kelahirannya oleh mak dan abah aku, aku ingin mengingatkan kepada sesiapa yang membaca waima satu perkataan dari blog ini agar jangan memasang angan-angan untuk menyaman aku di mana-mana mahkamah termasuk ICJ yang ada pada kurun ini atau kurun akan datang.

AKU MELAYU BARU

Memandangkan aku adalah rakyat Malaysia aku ingin mewar-warkan bahawa tanpa mana-mana proksi, aku darah anak Malaysia dan aku Melayu baru yang berusaha mengekalkan ketamadunan yang ada dalam diri sendiri. Ingin aku khabarkan ke serata pelusuk dunia bahawa aku yang dikenali sebagai rutames_ultraman langsung tidak pernah bersua muka dengan ultraman yang dimaksudkan. Jangan pernah berkata aku berbohong kerana ultraman_yang_aku_maksudkan adalah exrumate aku.

Tanpa penaja [gold sponser atau venue sponser], sesungguhnya aku lebih mengagumi Tun Sri Lanang, Hang Tuah dan Hang Jebat bersaudara, berbanding Power Rangers atau Satria Perkasa Hitam apatah lagi Power Puff Girl yang langsung aku xpernah tengok. Biarpun adakalanya aku akan menggunakan perkataan ‘gaban’ , ingin aku maklumkan bahawa gaban membawa maksud hiperbola pada aku dan bukannya aku meletakkan Gaban sebagai superhero aku. Sebagaimana yang telah aku katakan pada kelahiran sebelum ini, _yang_aku_maksudkan sekali-kali tidak sama atau berselisih makna dengan apa yang_orang_lain_maksudkan.

Oleh itu, macam yang spider dah jual,....peluh ilham jadikan duit. Nyawa badan jadikan diriku. Original copy by, watashi>rumates_ultraman.

Saturday, June 7, 2008

my fist entry....




yup. my 1st entry....
macam biase....ini arena rasmi aku tuk "sekolahkan" sesaper yang transit dalam idup aku. ala...macam Flavur nyanyi...[flavur ke nama dia?? kang aku confirm len..] Kenapa Singgah Kalau X Masuk!!

then....aku minta maaf kat insan2 yang dah transit, baru nak transi or baru isi borang nak transit dalam idup aku.....sb.....aku punya suka aku nk tulis apa lepas ni...

sambung entry yang akan aku tulis malam ni....berjudul...Confirmmation Stamp From tinb.
wala...