Saturday, February 28, 2009

sila ambil perhatian lelaki-lelaki kacak

aku hanya ada sebulan lagi di sini. tidak termasuk study week.

rasanya dah banyak benda yang aku buat dalam tempoh tiga tahun kat sini. dan rasanya juga banyak lagi benda yang aku tak buat. memecah masuk blok lelaki contohnya...

oh ya..sepatutnya esok budak-budak J (journalism) diwajibkan untuk hadiri satu program ala-ala keusahawanan siswa. arahan mandatori datang dari Dr. J (jamilah). timbalan dekan jaringan industri dan masyarakat. kunun.

disebabkan sejarah aku dengan Dr. J tak terukir indah dan aku ada program lagi best dari tido semasa ceramah berlangsung, aku mohon sembah derhaka.

dan jika ditabalkan-positif derhaka, aku perlu tulis surat. surat tunjuk sebab ke-lima dalam tempoh tiga tahun kat sini. amacam? =)


sebelum terlupa. ultraman mintak aku tanyakan sama ada naib canselor ada anak lelaki ataupun tidak. aku tak mahu malukan diri sendiri tanyakan soalan macam tu..sapa-sapa tolong ultraman tanyakan.

dan lagi, ultraman baru mengesahkan bahawa aku lagi fashionable dan super duper kreatif dari dia. haha..

Thursday, February 26, 2009

selamat malam lelaki kacak

aku dapat teks...


'salam. kak namah, minggu ni balik la rumah. lama hang tak balik.-dik lan'

adik aku sweet kan?
tak.
aku sweet kan? =)

ok baca teks terakhir...

'bla bla bla...dah la. orang nak mesej ngan Ayu pulak..hehe'
adik aku berdedikasi kan?

membalas cinta di meja 17. di mana lelaki kacak?

ok. setakat ini-sampai hari ini...tak ada orang yang suruh aku berhenti cakap mengenai lelaki kacak.

menyuruh tidak.
melarang pun tidak.

jadi aku akan terus menulis perkataan 'lelaki kacak' sampai ultraman dan jee muntah-muntah dan alergik kepada lelaki kacak.

tak pun, aidir yang suruh aku berhenti. kalau dia tak kisah...akan aku tabalkan dia menjadi kekasih hati paling sporting. kalau dia kisah, aku berhenti.

ok aku berhenti. bukan berhenti tulis 'lelaki kacak'...berhenti kat sini.

Tuesday, February 24, 2009

mengapa lelaki kacak mesti dah kahwin

pukul 4.30 pagi...


puan rumah telefon. hati berdebar menjawab panggilan. panggilan awal pagi biasanya bukanlah panggilan yang menggembirakan. betul kan?

sama seperti kes-kes sebelumnya, puan rumah dan adik lelakinya akan gunakan taktik yang sama untuk menjerat aku. empat puluh kali dijerat, aku masih tertipu. aku suci kan?

bertanya pemanggil, ada berapa angka dalam akaun CIMB aku.
"ada-lah" aku jawab. ok. aku silap. kalau jawab 'ada-lah' maknanya aku perlu jawab soalan lagi lepas ni.

"ada-lah hang tu berapa?"

ok. biar puan rumah tanya sampai cukup tiga kali. tiga kali maknanya dia melepasi tahap bersungguh nak tahu pasal isi akaun aku.

"kenapa telefon pagi-pagi ni? ada apa-apa ka?" ok. alihkan perhatian. tinggalkan cerita CIMB.
"tak ada apa. hang ada berapa? aku nak guna sikit"

nak guna sikit? boleh percaya ke nih? ke nak test aku jerr..
tsk....
ok.dalam akaun ada RM25. kalau nak guna dulu memang tak cukup. sangat tak cukup. jangan risau pasal aku. stok megi banyak lagi. minggu lepas dah deposit cek RM100. dan aku ada ultraman ngan jee. boleh pow bila-bila suka. =)

aku rasa macam nak gelak kuat-kuat bila puan rumah menangis risaukan aku. [ok. aku rasa puan rumah tak pernah menangis sebab aku. rindu la tu. aku dah pesan...jangan rindu aku!] sampai tak boleh tido dan kemudiannya guna telefon tuan rumah untuk telefon aku. dan siangnya tuan rumah mendapat arahan daripada puan rumah untuk hantar nasi [bekal kasih sayang dari rumah.] untuk aku. amacam, jeles tak?

baiklah, aku ada alasan nak balik umah minggu depan. ada ion yang perlu di cas semula.

p/s: puan rumah dan adik lelakinya seringkali gunakan taktik nak pinjam duit dari aku. itu satu-satunya cara nak tau aku da duit atau tak. cara lain, curi tengok beg duit. berdedikasi sungguh.

Monday, February 23, 2009

aku patut marahkan masa sebab ambil kau dari aku.

aidir


aidir


aidir. aidir. aidir. aidir


aidir


aidir. aidir...
Hidemichi Kimura!

bahagia samadengan jumlah masa yang dihabiskan bersama.

entah. kamu rasa?

Friday, February 20, 2009

untuk kamu


kekurangan lelaki bukan masalah. kekurangan lelaki kacak yang menjadi masalah.

bertanya Jee..

"awak dah makan ubat Wan?"

"belum. tanak makan. kenape?"
aku bagi jawapan paling telus. benar-benar kudus.

" awak ni...patut kena bagi kawen ngan doktor nih!" -Jee


***

kadang-kadang aku rasa Jee bijak.
chantekk.
comel.
berdedikasi.
dan semua bentuk puji-pujian...

Thursday, February 19, 2009

ketaksuban tahap dua

sekarang, pukul 10 pagi.

patut-patut jee dah masuk kelas mandrin. tapi, dia masih kat lab. saja nak masuk lewat. katanya, pada pukul sepuluh cikgu mandrin akan buat sesi spelling. disebabkan mahu mengelak sesi tersebut, dia masih di sini-lab.

jadi dengan ini, saya mengusulkan kepada cikgu Mali agar menghalang jee dari mengambil peperiksaan Bahasa Mandrin II. semester ini. sidang ini.


mohon agar usul diterima tiga per tiga dewan.

aku manusia normal yang picit ubat gigi dari tengah. bukan dari bawah

kak,


toner dah abis. nak sponser!!

aku hanya ada t-shirt dan jeans untuk diner mass comm night nanti. kita tengok baper ramai nak cakap... "hai wan".

Wednesday, February 18, 2009

satu ayat maha bosan

awak,

saya tak boleh berlama kat sini.
kejap lagi saya da test.
saya balik dulu ehh..

nanti saya datang balik.
lepas pukul 4, saya milik awak!
betul. janji.

***

mulanya nak cakap macam tu kat Jee. tapi rasa macam berbudi bahasa sangat jer. nanti Jee cakap aku jatuh tangga pulak pagi tadi. tak pun masa bangun nak mandi, kepala terhantuk kat pintu ker. tukar ayat lah.

"Jee, balik. petang ni saya datang. kalau rajin".

cepat lari!!
heh

Tuesday, February 17, 2009

bertemu janji di Subaidah. mengapa bukan lelaki kacak. dengan kata lain, gi teman jee makan.

mencium dinding,
sampai bawah katil..

kesian kat talipon.



kepada abang-abang, jangan marah adik-adik.
kesian kat talipon.
nanti kena berenang dalam longkang pulak.


sekian,
terima kasih.

Pendefinisian Lelaki Kacak


masih mencari...

Saturday, February 14, 2009

Querida


aku berkasih sayang saban hari.
tak lupa.
tak bosan.



jadi, hari kekasih tiada erti.
simpan kamera canggih kamu.
ya. aku tahu...bateri penuh.

Debat Piala Naib Canselor

benar. DPNC itu meletihkan...

kalau amin nampak macam jee, mesti aku dah amik bantal, tido sebelah.

rama, bob, amin...dah dua hari aku tak tido malam, siang pun tak jumpa bantal. pastikan korang masuk final!


ketidak, aku bom bakti!
betul nih!

Friday, February 13, 2009

COMELNYA JEE.....

Beberapa hari lepas, masa hari tangkap gambar dengan semua student komunikasi kat dataran bintang.....

Aku: Jee, awk comel la pakai baju nie..
Jee: Ehh... Ye ke? Saya memang comel pun.
Aku: Tapi hari nie saya tengok awk comel sangat pakai baju merah nie...
Jee: Terharunya saya wan....

ultraman jahat

malam semalam,

ultraman merancang nak pecah masuk blog lelaki bakti permai.
semata-mata mahu menampal poster adwave.
ajak aku berkomplot sama.
sungguh tidak berbaloi.


tolong lah...block tu mana der lelaki-lelaki kacak!

Thursday, February 12, 2009

isi tempat kosong

dari cempedak, baik nangka,
kerana nangka panjang tangkainya;
dari budak, baik janda,
kerana janda ..............[boleh isi apa kamu suka]

Thursday, February 5, 2009

BERHENTI MENULIS









sebelum ni menulis ke meracau?













seketika