Saturday, February 28, 2009

sila ambil perhatian lelaki-lelaki kacak

aku hanya ada sebulan lagi di sini. tidak termasuk study week.

rasanya dah banyak benda yang aku buat dalam tempoh tiga tahun kat sini. dan rasanya juga banyak lagi benda yang aku tak buat. memecah masuk blok lelaki contohnya...

oh ya..sepatutnya esok budak-budak J (journalism) diwajibkan untuk hadiri satu program ala-ala keusahawanan siswa. arahan mandatori datang dari Dr. J (jamilah). timbalan dekan jaringan industri dan masyarakat. kunun.

disebabkan sejarah aku dengan Dr. J tak terukir indah dan aku ada program lagi best dari tido semasa ceramah berlangsung, aku mohon sembah derhaka.

dan jika ditabalkan-positif derhaka, aku perlu tulis surat. surat tunjuk sebab ke-lima dalam tempoh tiga tahun kat sini. amacam? =)


sebelum terlupa. ultraman mintak aku tanyakan sama ada naib canselor ada anak lelaki ataupun tidak. aku tak mahu malukan diri sendiri tanyakan soalan macam tu..sapa-sapa tolong ultraman tanyakan.

dan lagi, ultraman baru mengesahkan bahawa aku lagi fashionable dan super duper kreatif dari dia. haha..

No comments: