Tuesday, April 28, 2009

esok. 24jam bermula dengan hari ini

aku,
rumates_ultraman.

ultraman ialah ultraman.
dan Jee adalah raksaksa.

raksaksa baik kononnya...
ntah kutip mana...

ingatkan,
aku hanya rumates_ultraman.
manusia biasa semata
tapi
menurut mereka
aku adalah manusia biasa...
...manusia biasa yang jahat.

lagi.
ntah kutip mana.

semua dah nak balik
esok Jee
pastu aku
last ultraman

sungguh.
aku benci kampus ni.
sekali pun tak pernah aku tulis nama kampus ni dalam blog aku.
tapi,
ini adalah kampus terbaik
tempat terbaik
untuk aku.

selamat tinggal VC.
jumpa konvo nanti!

inche rumate, tunggu

Thursday, April 16, 2009

ini nadia

kata nadia,

manusia bodoh ada di mana-mana.

aku tiada komen.
terima kasih.

Sunday, April 12, 2009

sudah. ini bukan entri emosi untuk jee. bukan juga untuk ultraman. untuk lelaki kacak pun bukan

sungguh.


aku sangat bersyukur sebab ultraman tak ada blog.
alhamdulillah..

sebab, mungkin akan ada pakatan antara ultraman dan Jee nak kenakan aku. mak cik-mak cik ni bukan boleh pakai sangat. ada Jee sorang pun dah cukup sengal.

mungkin juga nanti, makin banyak konspirasi nak jatuhkan aku. nak malukan aku atas alasan publisiti. publisiti cara aku. publisiti murahan untuk mengangkat nama sendiri dengan menjunjung nama orang lain. seperti yang telah dilakukan Jee. meletakkan nama dan gambar aku untuk.. untuk..

kawan, [Jee dan Ultraman]
sungguh. selama ini bukan publisiti murahan yang aku canangkan bersama-sama nama kamu. tapi hanya entri mengenakan. sesuatu untuk di kenang. mengaitkan nama kamu. menjadikan kamu bahan tulisan aku. menggunakan gambar-gambar poyo kamu. ingat aku tak geli?

mengaitkan kamu dalam tulisan-tulisan buruk aku. mana tahu, suatu hari nanti apa-apa yang aku tulis ini menjadi bahan rujukan lelaki-lelaki yang meminati kamu hanya setelah membaca entri-entri aku berkali-kali. biarpun bosan. biarpun meloyakan.

kawan, [Jee dan Ultraman]
sungguh. selama ini bukan publisiti murahan yang aku canangkan bersama-sama nama kamu. tapi hanya entri mengenakan . sesuatu untuk dikenang. mengaitkan nama kamu. menjadikan kamu bahan tulisan aku. menggunakan gambar-gambar poyo kamu. ingat aku tak geli?

dan terus mengaitkan kamu dalam tulisan-tulisan buruk aku. mana tahu, nanti apa-apa yang aku tulis ini menjadi sebahagian daripada resume kamu. menjadi proposal untuk kamu mengoda mana-mana lelaki kacak tanpa keizinan dari aku. terus menerus. biarpun bosan. biarpun meloyakan.

kawan, [Jee dan Ultraman]
sungguh. jangan kamu berani marah aku selepas baca entri ini. sebab...ingat aku tak geli? terus menerus mengaitkan kamu dalam tulisan aku. dalam butir-butir bicara aku. dalam tidur aku. dalam jaga aku. dalam pinggan nasi aku. dalam cawan comel aku. dalam talipon. dalam kotak buku. dalam almari baju. dalam beg. dalam baldi. dalam kasut buruk. dalam ingatan...

hanya entri mengenakan. sesuatu untuk dikenang. paling kurang, kamu ada juga disebut dalam blog aku berbanding blog orang lain atau buletin utama. kan?

mana tahu lepas ni, aku akan menulis pasal inche rumate aku pulak. mengaitkan dia dalam tulisan-tulisan buruk aku. terus menerus. biarpun kamu bosan. biarpun ia meloyakan. dan terus menerus melupakan. kamu.

tiba-tiba entri ni jadi panjang macam ni pulak. biarlah. biar kamu bosan. biarpun meloyakan. dan lagi, jangan cakap aku comel bila baca entri penjelasan mengapa mengaitkan nama ultraman dan Jee dalam tulisan-tulisan buruk aku.

oh ya! sebelum terlupa. Jee dan Ultraman, aku benarkan kamu copy tulisan buruk aku yang ini. untuk di simpan. sesuatu untuk dikenang. bila-bila rasa nak marah aku, boleh baca balik. mungkin akan mengundang rasa menyampah kamu. jadi dengan mudah juga akan naik angin. lepas tu kena darah tinggi. tak pun strok. lepas mati dan tanam.

ya. kalau aku mati dulu pun, tanam ya..jangan hanyutkan dalam tasik pulak. sesuatu untuk dikenang.

yang benar,
rumates_ultraman.

Saturday, April 11, 2009

kita tak sama. tapi aku tak kata kita berbeza.

aku dengan orang ni punya tarikh lahir yang sama.



tapi
sungguh.

aku tak boleh hidup dengan dia.
takat boleh hoi! hoi! tepi jalan saja.

bila jumpa dalam masjid,
aku betulkan sikit persepsi pasal kamu.
betulkan mana-mana perlu.

tapi masih,
aku tak boleh hidup dengan dia.
maaf ya zara =)

moga kau cepat DAPAT keja.

Thursday, April 9, 2009

sungguh.

ayu tak nak tulis pasal ni.
jangan ajar aku menulis keluar kemarahan.
tapi kenapa ikat kaki ayu macam ni?

sigh.
ultraman akan cakap,
"come on la ayu, jangan jadi perempuan yang melecehkan la. payung je kan..?"

ya lah. selama ni ayu leceh ke?
bila ayu tak susahkan orang lain, jangan susahkan ayu dengan benda2 leceh camni.
sila paham. [trade mark baru =)]

ayu tak kisah sangat kalau ayu masih boleh bergerak bebas tanpa payung buruk tu.
tapi keadaan bumi yang tua sekarang ni, jangan cakap kau tak paham.

kalau panas, panas macam ada bara api atas kepala.
dan bila hujan, hujan macam nak banjir.
jadi, ayu kisah.

ayu tak nak payung baru.
just pulangkan payung buruk ayu tu je.
sila paham.

dan lagi, cara kita disosialisasikan tak sama!

Thursday, April 2, 2009

cari kesalahan dalam dialog di bawah*

Jee: wan, amik balik la baju purple awak. bak balik baju kebaya merah awak tu.

Aku: apakah?

*abaikan kesalahan tatabahasa. tumpukan kepada maksud ayat.

owwh ya!
aku menanti teori dan praktikal perkahwinan Jee.

cuci hati

Wednesday, April 1, 2009

sebal

mungkin masa untuk bunuh orang.


bukan.
pegi mati!


nyamuk.
tutup.


sudah delete.