Sunday, April 12, 2009

sudah. ini bukan entri emosi untuk jee. bukan juga untuk ultraman. untuk lelaki kacak pun bukan

sungguh.


aku sangat bersyukur sebab ultraman tak ada blog.
alhamdulillah..

sebab, mungkin akan ada pakatan antara ultraman dan Jee nak kenakan aku. mak cik-mak cik ni bukan boleh pakai sangat. ada Jee sorang pun dah cukup sengal.

mungkin juga nanti, makin banyak konspirasi nak jatuhkan aku. nak malukan aku atas alasan publisiti. publisiti cara aku. publisiti murahan untuk mengangkat nama sendiri dengan menjunjung nama orang lain. seperti yang telah dilakukan Jee. meletakkan nama dan gambar aku untuk.. untuk..

kawan, [Jee dan Ultraman]
sungguh. selama ini bukan publisiti murahan yang aku canangkan bersama-sama nama kamu. tapi hanya entri mengenakan. sesuatu untuk di kenang. mengaitkan nama kamu. menjadikan kamu bahan tulisan aku. menggunakan gambar-gambar poyo kamu. ingat aku tak geli?

mengaitkan kamu dalam tulisan-tulisan buruk aku. mana tahu, suatu hari nanti apa-apa yang aku tulis ini menjadi bahan rujukan lelaki-lelaki yang meminati kamu hanya setelah membaca entri-entri aku berkali-kali. biarpun bosan. biarpun meloyakan.

kawan, [Jee dan Ultraman]
sungguh. selama ini bukan publisiti murahan yang aku canangkan bersama-sama nama kamu. tapi hanya entri mengenakan . sesuatu untuk dikenang. mengaitkan nama kamu. menjadikan kamu bahan tulisan aku. menggunakan gambar-gambar poyo kamu. ingat aku tak geli?

dan terus mengaitkan kamu dalam tulisan-tulisan buruk aku. mana tahu, nanti apa-apa yang aku tulis ini menjadi sebahagian daripada resume kamu. menjadi proposal untuk kamu mengoda mana-mana lelaki kacak tanpa keizinan dari aku. terus menerus. biarpun bosan. biarpun meloyakan.

kawan, [Jee dan Ultraman]
sungguh. jangan kamu berani marah aku selepas baca entri ini. sebab...ingat aku tak geli? terus menerus mengaitkan kamu dalam tulisan aku. dalam butir-butir bicara aku. dalam tidur aku. dalam jaga aku. dalam pinggan nasi aku. dalam cawan comel aku. dalam talipon. dalam kotak buku. dalam almari baju. dalam beg. dalam baldi. dalam kasut buruk. dalam ingatan...

hanya entri mengenakan. sesuatu untuk dikenang. paling kurang, kamu ada juga disebut dalam blog aku berbanding blog orang lain atau buletin utama. kan?

mana tahu lepas ni, aku akan menulis pasal inche rumate aku pulak. mengaitkan dia dalam tulisan-tulisan buruk aku. terus menerus. biarpun kamu bosan. biarpun ia meloyakan. dan terus menerus melupakan. kamu.

tiba-tiba entri ni jadi panjang macam ni pulak. biarlah. biar kamu bosan. biarpun meloyakan. dan lagi, jangan cakap aku comel bila baca entri penjelasan mengapa mengaitkan nama ultraman dan Jee dalam tulisan-tulisan buruk aku.

oh ya! sebelum terlupa. Jee dan Ultraman, aku benarkan kamu copy tulisan buruk aku yang ini. untuk di simpan. sesuatu untuk dikenang. bila-bila rasa nak marah aku, boleh baca balik. mungkin akan mengundang rasa menyampah kamu. jadi dengan mudah juga akan naik angin. lepas tu kena darah tinggi. tak pun strok. lepas mati dan tanam.

ya. kalau aku mati dulu pun, tanam ya..jangan hanyutkan dalam tasik pulak. sesuatu untuk dikenang.

yang benar,
rumates_ultraman.

5 comments:

ultraman said...

Betul, memang betul sesungguhnya manusia itu amat lemah. Lemah dari mengelak melakukan sesuatu yg keji. dan nah inilah buktinya manusia itu lemah dari mengelak dari bersifat keji..

Ye manusia itu lemah dan selalu melakukan benda keji

(<>)

Aku said...

bukan untuk lelaki kacak. maaf, saya dah terbaca plakkkk

chafizomie said...

ultraman,
manusia selalu bersifat keji? makna nye...ultraman tidak?

sojar,
maaf ya. semua perkataan kacak dalam blog ini saya yang letakkan kayu ukurnya. maaf sangat..

jee said...

Wan,
katakan saje watak saya dan ultraman dlm blog awak adalah watak utama kan.
ermmmm....terharunya saya huhuhu..

chafizomie said...

mungkin awak tak berapa nak paham kandungan entri kali ni jee. tak pe...belajar lagi!