manusia bodoh ada di mana-mana.
aku tiada komen.
terima kasih.
thanks guys coz transit for awhile in my life...
Tak mungkin ‘dia’ ingat. kali pertama jumpa, dia berkemeja putih. Disana ada siti, kak liza, kak erma dan kak akma.
Siti gembira sangat sebab dia ada kad nama pemberian ‘dia’. Dan dengan gembira jugak dia tunjukkan aku kad putih yang lagi kecik dari tapak tangan aku. Tak cemburu pun..
Kali kedua jumpa, [err...kejap nak check diary.heh] kali kedua jumpa lagi di PCCC. Terima kasih sebab bayarkan nasi goreng kampung yang saya makan. Terima kasih jugak sebab hantar balik office[dengan selamatnye].di sana ada Faris dan Ann. Tak mungkin ‘dia’ ingat.
Kali ketiga jumpa, di Jabatan Pelajaran Negeri. Terima kasih untuk milo panas pukul 11 dan hantar balik office, lagi sekali. ...mustahil ingat.
Rasa macam nak makan bihun tomyam la.nyumm.. nyumm..[iklan]
Kali keempat jumpa di mahkamah. Kali kelima jumpa di lorong kulit. Kali keenam jumpa di tingkat enam canselori. Kali ketujuh jumpa di istimewa. Kali kelapan jumpa di... kali kesembilan, kali kesepuluh, kali kesebelas, kali kedua belas, kali ketiga belas, kali ke empat kelas, kali ke lima belas, kali keenam belas, kali ketujuh belas, kali kelapan belas, kali ke sembilan belas, kali kedua puluh, kali kedua puluh satu, kali kedua puluh dua, kali kedua puluh tiga...
Aku peduli kalau dia tak gembira. Dan aku lagi peduli kalau tak tahu macam mana nak gembirakan dia.hmm..
Terlalu mulia kalau aku panggil kau lelaki.
Aku menulis dengan emosi.jadi jangan baca.
Satu kisah.benar dan jijik. Seorang perempuan akan berkahwin dengan lelaki yang dah ambil ‘dara’ nya. Konon berbuat begitu atas tiket ekspress dengan cop VIP supaya si perempuan tidak menjadi milik orang lain.bagus.
Dan pada aku si perempuan memang bodoh kalau setuju dengan perkahwinan itu. Ah…perempuan zaman sekarang memang makin bodoh dan lelaki zaman sekarang makin tak guna.
Benar. Si perempuan akan berkahwin dengan lelaki yang ‘bunuh’ dia. Sebab si lelaki masih simpan darah yang konon ‘dara’ si perempuan. Khabarnya tisu berdarah itu masih merah dan belum bertukar warna. Jangan tanya aku bagaimana dan kenapa.aku tak tahu.
“kat mana tisu tu? Tak cuba amik balik?”
“ada dalam beg duit dia. Susah nak amik”
“damm”
Mengugut mahu tunjukkan tisu kepada keluarga si perempuan jika tidak mahu berkahwin. Cincin tanda sudah di jari tapi kini keduanya buat hal masing-masing. Tak ada ‘abang’. Tak ada ‘sayang’. Hanya ada ‘aku’ dan ‘hang’.jebat.hebat.
Itu belum hutang tiap-tiap bulan yang belum tentu si lelaki akan bayar semula kepada si perempuan.
Dan sekarang, si perempuan hanya ‘hidup’ untuk keluarganya.bukan untuk diri sendiri, bukan untuk lelaki itu dan bukan untuk lelaki-lelaki lainnya.
katanya jika perkahwinan itu tidak berlangsung dia tak akan berkahwin dengan sesiapa pun. Kotor. Lihat, dia pukul hati sendiri.dia bunuh rasa di hati. Itu yang kau mahu?
Aku tak silap.
Benar. Terlalu mulia kalau aku panggil kau lelaki.
Sebab kau jantan tak guna!!
Babak lain, keluar dengan si teman lelaki. Makan. Jalan-jalan. Balik. Dalam perjalanan, si teman lelaki berhentikan kenderaan di tengah sawah. Gelap. Sunyi. Si teman lelaki tarik baju si teman wanita hingga tercabut butang kemeja. Menepis dan menangis.tiada apa-apa.
Kemudian berkata si teman lelaki yang dia hanya menguji, dan tak sangka si teman wanitanya mudah ‘memberi’.bijak.aku kenal lelaki ini.kau mahu yang macam mana?
Aku tak silap.
Sungguh. Terlalu mulia kalau aku panggil kau lelaki.
Sebab kau jantan tak guna!!
Cerita lain, juga keluar dengan teman lelaki. Makan. Jalan-jalan. Balik. Berhenti di lebuhraya. Malang si teman wanita sebab berbaju kurung hari itu. Kamu tahu apa yang berlaku.dan aku juga kenal lelaki ini.
Kau bakal cikgu geografi yang aku sumpah.
Aku tak silap.
Ya.Terlalu mulia kalau aku panggil kau lelaki.
Sebab kau jantan tak guna!!
si perempuan terlalu berani, tak berhati-hati dan bodoh. Patutnya dia boleh mengagak dan cuba mengelak sebab ketiga-tiga kes berlaku pada perempuan yang sama. Kau patut tahu apa perlu buat dalam zon hijau, zon kuning dan zon merah, kawan.
“dah maghrib. Jom balik. And if anything, please let me know”. –aku
Tuhan,aku nak respon macam mana?
Dan kalau kau boleh hadiahkan dia kerongsang, mengapa kau nak hadiahkan dia anting-anting?
Adalah dimaklumkan bahawa ini adalah ruangan rasmi aku. Aku berhak 175% keatas, kedalam, kesisi dan keseluruhan blog ini. Sebarang urusan tidak rasmi sila berhubung terus dengan personal assistant aku yang begitu setia tanpa kompromi biarpun aku tidak pernah bayar gaji. [rumates_ultramanatyahoodotcom].