Tuesday, April 28, 2009

esok. 24jam bermula dengan hari ini

aku,
rumates_ultraman.

ultraman ialah ultraman.
dan Jee adalah raksaksa.

raksaksa baik kononnya...
ntah kutip mana...

ingatkan,
aku hanya rumates_ultraman.
manusia biasa semata
tapi
menurut mereka
aku adalah manusia biasa...
...manusia biasa yang jahat.

lagi.
ntah kutip mana.

semua dah nak balik
esok Jee
pastu aku
last ultraman

sungguh.
aku benci kampus ni.
sekali pun tak pernah aku tulis nama kampus ni dalam blog aku.
tapi,
ini adalah kampus terbaik
tempat terbaik
untuk aku.

selamat tinggal VC.
jumpa konvo nanti!

inche rumate, tunggu

Thursday, April 16, 2009

ini nadia

kata nadia,

manusia bodoh ada di mana-mana.

aku tiada komen.
terima kasih.

Sunday, April 12, 2009

sudah. ini bukan entri emosi untuk jee. bukan juga untuk ultraman. untuk lelaki kacak pun bukan

sungguh.


aku sangat bersyukur sebab ultraman tak ada blog.
alhamdulillah..

sebab, mungkin akan ada pakatan antara ultraman dan Jee nak kenakan aku. mak cik-mak cik ni bukan boleh pakai sangat. ada Jee sorang pun dah cukup sengal.

mungkin juga nanti, makin banyak konspirasi nak jatuhkan aku. nak malukan aku atas alasan publisiti. publisiti cara aku. publisiti murahan untuk mengangkat nama sendiri dengan menjunjung nama orang lain. seperti yang telah dilakukan Jee. meletakkan nama dan gambar aku untuk.. untuk..

kawan, [Jee dan Ultraman]
sungguh. selama ini bukan publisiti murahan yang aku canangkan bersama-sama nama kamu. tapi hanya entri mengenakan. sesuatu untuk di kenang. mengaitkan nama kamu. menjadikan kamu bahan tulisan aku. menggunakan gambar-gambar poyo kamu. ingat aku tak geli?

mengaitkan kamu dalam tulisan-tulisan buruk aku. mana tahu, suatu hari nanti apa-apa yang aku tulis ini menjadi bahan rujukan lelaki-lelaki yang meminati kamu hanya setelah membaca entri-entri aku berkali-kali. biarpun bosan. biarpun meloyakan.

kawan, [Jee dan Ultraman]
sungguh. selama ini bukan publisiti murahan yang aku canangkan bersama-sama nama kamu. tapi hanya entri mengenakan . sesuatu untuk dikenang. mengaitkan nama kamu. menjadikan kamu bahan tulisan aku. menggunakan gambar-gambar poyo kamu. ingat aku tak geli?

dan terus mengaitkan kamu dalam tulisan-tulisan buruk aku. mana tahu, nanti apa-apa yang aku tulis ini menjadi sebahagian daripada resume kamu. menjadi proposal untuk kamu mengoda mana-mana lelaki kacak tanpa keizinan dari aku. terus menerus. biarpun bosan. biarpun meloyakan.

kawan, [Jee dan Ultraman]
sungguh. jangan kamu berani marah aku selepas baca entri ini. sebab...ingat aku tak geli? terus menerus mengaitkan kamu dalam tulisan aku. dalam butir-butir bicara aku. dalam tidur aku. dalam jaga aku. dalam pinggan nasi aku. dalam cawan comel aku. dalam talipon. dalam kotak buku. dalam almari baju. dalam beg. dalam baldi. dalam kasut buruk. dalam ingatan...

hanya entri mengenakan. sesuatu untuk dikenang. paling kurang, kamu ada juga disebut dalam blog aku berbanding blog orang lain atau buletin utama. kan?

mana tahu lepas ni, aku akan menulis pasal inche rumate aku pulak. mengaitkan dia dalam tulisan-tulisan buruk aku. terus menerus. biarpun kamu bosan. biarpun ia meloyakan. dan terus menerus melupakan. kamu.

tiba-tiba entri ni jadi panjang macam ni pulak. biarlah. biar kamu bosan. biarpun meloyakan. dan lagi, jangan cakap aku comel bila baca entri penjelasan mengapa mengaitkan nama ultraman dan Jee dalam tulisan-tulisan buruk aku.

oh ya! sebelum terlupa. Jee dan Ultraman, aku benarkan kamu copy tulisan buruk aku yang ini. untuk di simpan. sesuatu untuk dikenang. bila-bila rasa nak marah aku, boleh baca balik. mungkin akan mengundang rasa menyampah kamu. jadi dengan mudah juga akan naik angin. lepas tu kena darah tinggi. tak pun strok. lepas mati dan tanam.

ya. kalau aku mati dulu pun, tanam ya..jangan hanyutkan dalam tasik pulak. sesuatu untuk dikenang.

yang benar,
rumates_ultraman.

Saturday, April 11, 2009

kita tak sama. tapi aku tak kata kita berbeza.

aku dengan orang ni punya tarikh lahir yang sama.



tapi
sungguh.

aku tak boleh hidup dengan dia.
takat boleh hoi! hoi! tepi jalan saja.

bila jumpa dalam masjid,
aku betulkan sikit persepsi pasal kamu.
betulkan mana-mana perlu.

tapi masih,
aku tak boleh hidup dengan dia.
maaf ya zara =)

moga kau cepat DAPAT keja.

Thursday, April 9, 2009

sungguh.

ayu tak nak tulis pasal ni.
jangan ajar aku menulis keluar kemarahan.
tapi kenapa ikat kaki ayu macam ni?

sigh.
ultraman akan cakap,
"come on la ayu, jangan jadi perempuan yang melecehkan la. payung je kan..?"

ya lah. selama ni ayu leceh ke?
bila ayu tak susahkan orang lain, jangan susahkan ayu dengan benda2 leceh camni.
sila paham. [trade mark baru =)]

ayu tak kisah sangat kalau ayu masih boleh bergerak bebas tanpa payung buruk tu.
tapi keadaan bumi yang tua sekarang ni, jangan cakap kau tak paham.

kalau panas, panas macam ada bara api atas kepala.
dan bila hujan, hujan macam nak banjir.
jadi, ayu kisah.

ayu tak nak payung baru.
just pulangkan payung buruk ayu tu je.
sila paham.

dan lagi, cara kita disosialisasikan tak sama!

Thursday, April 2, 2009

cari kesalahan dalam dialog di bawah*

Jee: wan, amik balik la baju purple awak. bak balik baju kebaya merah awak tu.

Aku: apakah?

*abaikan kesalahan tatabahasa. tumpukan kepada maksud ayat.

owwh ya!
aku menanti teori dan praktikal perkahwinan Jee.

cuci hati

Wednesday, April 1, 2009

sebal

mungkin masa untuk bunuh orang.


bukan.
pegi mati!


nyamuk.
tutup.


sudah delete.

Saturday, March 21, 2009

dulu


jangan lupa rindu aku

Wednesday, March 18, 2009

sini. aku bagitahu sesuatu..

weh!

ultraman tengah tengok citer ultraman.
betul.
gila apa ntah.

kalau tak caye, datang tengok sendiri. 109.
pintu tak kunci..

Tuesday, March 17, 2009

aku tak mahu rumate lain selain ultraman! *



Sebab,


hanya ultraman yang faham apa perlu buat bila aku diam, tangan pengang tikus, mata pandang skrin. dah tak boleh nak senyum.


Maknanya jangan kacau aku.

Sekalipun kau gembira tahap gaban bila kau dapat pukul curi ultraman semasa berlawan. Atau sekalipun kau gembira sebab kau menang loteri 80 juta! Atau sekalipun kau gembira sebab boyfriend kau lelaki kacak. Atau sekalipun pagi tadi kau pakai high heel yang berkilat-kilat macam pengantin. Atau sekalipun kau gembira sebab tadi naib canselor tegur kau.


* inche rumate kes lain

Friday, March 13, 2009

rasa macam anak yatim piatu bila makan megi

sekalipun
makan
di sebelah
lelaki
kacak.
betul.


dan mengharap, aidir yang bunyikan telefon aku. bukan kean lee!

Wednesday, March 11, 2009

ini untuk Jee.

panduan untuk tidak menulis guna perkataan macam budak sekolah.


dalam ayat di atas, aku merujuk kepada perkataan 'perkataan'. bukan maksud entri atau apa-apa yang selain perkataan.

sekian,
terima kasih.

Tuesday, March 10, 2009

Alex Turner tu kacak sikit-sikit jer pon...

betul.

sebab dia tak cakap melayu.

Ariel Peterpan pun tak kacak sangat..

Monday, March 9, 2009

pengalaman aku disaman polis kacak

nak buat camne dah.
senyum je lah...

Thursday, March 5, 2009

bukan contoh lelaki kacak =)



rumate yang chomel [baca: tak sedar diri]

ini adalah tajuk entri yang diberikan oleh ultraman. walaupun kelihatannya tak cukup sifat yang membolehkan aku terima untuk digunakan di sini. tak pe lah..saje nak 'bagi muka' kat dia..


ok...ultraman baru sahaja dengan senyuman menerima dengan hati terbuka pujian aku yg mengatakan dia memang seorang yg baik ati kerana sudi menemani member satu projek dia duty jaga artwork mlm nie walaupun dia dah abis duty..

Dan aku pula sangat malas nak menyiapkan tugasan kerja aku yg dah bertimbun-timbun. Aku tau nanti jee akan mula membebel sal tue..ahhh seorang lagi member aku yg comel. Jangan bimbang aku masih lagi rajin dan ceria serta bersemangat bercerita tentang rumate ku yg comel serta merapu dalam blog nie..

Jumpa lagi di entry yg lain...ahhhhhhhh....bahagia betul dapat tulis entry..*&^*$% dengan tugasan aku tue ( x kata2 kesat atau apa sahaja yg korang pikir)

Saturday, February 28, 2009

sila ambil perhatian lelaki-lelaki kacak

aku hanya ada sebulan lagi di sini. tidak termasuk study week.

rasanya dah banyak benda yang aku buat dalam tempoh tiga tahun kat sini. dan rasanya juga banyak lagi benda yang aku tak buat. memecah masuk blok lelaki contohnya...

oh ya..sepatutnya esok budak-budak J (journalism) diwajibkan untuk hadiri satu program ala-ala keusahawanan siswa. arahan mandatori datang dari Dr. J (jamilah). timbalan dekan jaringan industri dan masyarakat. kunun.

disebabkan sejarah aku dengan Dr. J tak terukir indah dan aku ada program lagi best dari tido semasa ceramah berlangsung, aku mohon sembah derhaka.

dan jika ditabalkan-positif derhaka, aku perlu tulis surat. surat tunjuk sebab ke-lima dalam tempoh tiga tahun kat sini. amacam? =)


sebelum terlupa. ultraman mintak aku tanyakan sama ada naib canselor ada anak lelaki ataupun tidak. aku tak mahu malukan diri sendiri tanyakan soalan macam tu..sapa-sapa tolong ultraman tanyakan.

dan lagi, ultraman baru mengesahkan bahawa aku lagi fashionable dan super duper kreatif dari dia. haha..

Thursday, February 26, 2009

selamat malam lelaki kacak

aku dapat teks...


'salam. kak namah, minggu ni balik la rumah. lama hang tak balik.-dik lan'

adik aku sweet kan?
tak.
aku sweet kan? =)

ok baca teks terakhir...

'bla bla bla...dah la. orang nak mesej ngan Ayu pulak..hehe'
adik aku berdedikasi kan?

membalas cinta di meja 17. di mana lelaki kacak?

ok. setakat ini-sampai hari ini...tak ada orang yang suruh aku berhenti cakap mengenai lelaki kacak.

menyuruh tidak.
melarang pun tidak.

jadi aku akan terus menulis perkataan 'lelaki kacak' sampai ultraman dan jee muntah-muntah dan alergik kepada lelaki kacak.

tak pun, aidir yang suruh aku berhenti. kalau dia tak kisah...akan aku tabalkan dia menjadi kekasih hati paling sporting. kalau dia kisah, aku berhenti.

ok aku berhenti. bukan berhenti tulis 'lelaki kacak'...berhenti kat sini.

Tuesday, February 24, 2009

mengapa lelaki kacak mesti dah kahwin

pukul 4.30 pagi...


puan rumah telefon. hati berdebar menjawab panggilan. panggilan awal pagi biasanya bukanlah panggilan yang menggembirakan. betul kan?

sama seperti kes-kes sebelumnya, puan rumah dan adik lelakinya akan gunakan taktik yang sama untuk menjerat aku. empat puluh kali dijerat, aku masih tertipu. aku suci kan?

bertanya pemanggil, ada berapa angka dalam akaun CIMB aku.
"ada-lah" aku jawab. ok. aku silap. kalau jawab 'ada-lah' maknanya aku perlu jawab soalan lagi lepas ni.

"ada-lah hang tu berapa?"

ok. biar puan rumah tanya sampai cukup tiga kali. tiga kali maknanya dia melepasi tahap bersungguh nak tahu pasal isi akaun aku.

"kenapa telefon pagi-pagi ni? ada apa-apa ka?" ok. alihkan perhatian. tinggalkan cerita CIMB.
"tak ada apa. hang ada berapa? aku nak guna sikit"

nak guna sikit? boleh percaya ke nih? ke nak test aku jerr..
tsk....
ok.dalam akaun ada RM25. kalau nak guna dulu memang tak cukup. sangat tak cukup. jangan risau pasal aku. stok megi banyak lagi. minggu lepas dah deposit cek RM100. dan aku ada ultraman ngan jee. boleh pow bila-bila suka. =)

aku rasa macam nak gelak kuat-kuat bila puan rumah menangis risaukan aku. [ok. aku rasa puan rumah tak pernah menangis sebab aku. rindu la tu. aku dah pesan...jangan rindu aku!] sampai tak boleh tido dan kemudiannya guna telefon tuan rumah untuk telefon aku. dan siangnya tuan rumah mendapat arahan daripada puan rumah untuk hantar nasi [bekal kasih sayang dari rumah.] untuk aku. amacam, jeles tak?

baiklah, aku ada alasan nak balik umah minggu depan. ada ion yang perlu di cas semula.

p/s: puan rumah dan adik lelakinya seringkali gunakan taktik nak pinjam duit dari aku. itu satu-satunya cara nak tau aku da duit atau tak. cara lain, curi tengok beg duit. berdedikasi sungguh.

Monday, February 23, 2009

aku patut marahkan masa sebab ambil kau dari aku.

aidir


aidir


aidir. aidir. aidir. aidir


aidir


aidir. aidir...
Hidemichi Kimura!

bahagia samadengan jumlah masa yang dihabiskan bersama.

entah. kamu rasa?

Friday, February 20, 2009

untuk kamu


kekurangan lelaki bukan masalah. kekurangan lelaki kacak yang menjadi masalah.

bertanya Jee..

"awak dah makan ubat Wan?"

"belum. tanak makan. kenape?"
aku bagi jawapan paling telus. benar-benar kudus.

" awak ni...patut kena bagi kawen ngan doktor nih!" -Jee


***

kadang-kadang aku rasa Jee bijak.
chantekk.
comel.
berdedikasi.
dan semua bentuk puji-pujian...

Thursday, February 19, 2009

ketaksuban tahap dua

sekarang, pukul 10 pagi.

patut-patut jee dah masuk kelas mandrin. tapi, dia masih kat lab. saja nak masuk lewat. katanya, pada pukul sepuluh cikgu mandrin akan buat sesi spelling. disebabkan mahu mengelak sesi tersebut, dia masih di sini-lab.

jadi dengan ini, saya mengusulkan kepada cikgu Mali agar menghalang jee dari mengambil peperiksaan Bahasa Mandrin II. semester ini. sidang ini.


mohon agar usul diterima tiga per tiga dewan.

aku manusia normal yang picit ubat gigi dari tengah. bukan dari bawah

kak,


toner dah abis. nak sponser!!

aku hanya ada t-shirt dan jeans untuk diner mass comm night nanti. kita tengok baper ramai nak cakap... "hai wan".

Wednesday, February 18, 2009

satu ayat maha bosan

awak,

saya tak boleh berlama kat sini.
kejap lagi saya da test.
saya balik dulu ehh..

nanti saya datang balik.
lepas pukul 4, saya milik awak!
betul. janji.

***

mulanya nak cakap macam tu kat Jee. tapi rasa macam berbudi bahasa sangat jer. nanti Jee cakap aku jatuh tangga pulak pagi tadi. tak pun masa bangun nak mandi, kepala terhantuk kat pintu ker. tukar ayat lah.

"Jee, balik. petang ni saya datang. kalau rajin".

cepat lari!!
heh

Tuesday, February 17, 2009

bertemu janji di Subaidah. mengapa bukan lelaki kacak. dengan kata lain, gi teman jee makan.

mencium dinding,
sampai bawah katil..

kesian kat talipon.



kepada abang-abang, jangan marah adik-adik.
kesian kat talipon.
nanti kena berenang dalam longkang pulak.


sekian,
terima kasih.

Pendefinisian Lelaki Kacak


masih mencari...

Saturday, February 14, 2009

Querida


aku berkasih sayang saban hari.
tak lupa.
tak bosan.



jadi, hari kekasih tiada erti.
simpan kamera canggih kamu.
ya. aku tahu...bateri penuh.

Debat Piala Naib Canselor

benar. DPNC itu meletihkan...

kalau amin nampak macam jee, mesti aku dah amik bantal, tido sebelah.

rama, bob, amin...dah dua hari aku tak tido malam, siang pun tak jumpa bantal. pastikan korang masuk final!


ketidak, aku bom bakti!
betul nih!

Friday, February 13, 2009

COMELNYA JEE.....

Beberapa hari lepas, masa hari tangkap gambar dengan semua student komunikasi kat dataran bintang.....

Aku: Jee, awk comel la pakai baju nie..
Jee: Ehh... Ye ke? Saya memang comel pun.
Aku: Tapi hari nie saya tengok awk comel sangat pakai baju merah nie...
Jee: Terharunya saya wan....

ultraman jahat

malam semalam,

ultraman merancang nak pecah masuk blog lelaki bakti permai.
semata-mata mahu menampal poster adwave.
ajak aku berkomplot sama.
sungguh tidak berbaloi.


tolong lah...block tu mana der lelaki-lelaki kacak!

Thursday, February 12, 2009

isi tempat kosong

dari cempedak, baik nangka,
kerana nangka panjang tangkainya;
dari budak, baik janda,
kerana janda ..............[boleh isi apa kamu suka]

Thursday, February 5, 2009

BERHENTI MENULIS









sebelum ni menulis ke meracau?













seketika

Saturday, January 31, 2009

tiga puluh satu januari dua ribu sembilan [saja nak tiru abang fazallah..]


Tak mungkin ‘dia’ ingat. kali pertama jumpa, dia berkemeja putih. Disana ada siti, kak liza, kak erma dan kak akma.


Siti gembira sangat sebab dia ada kad nama pemberian ‘dia’. Dan dengan gembira jugak dia tunjukkan aku kad putih yang lagi kecik dari tapak tangan aku. Tak cemburu pun..


Kali kedua jumpa, [err...kejap nak check diary.heh] kali kedua jumpa lagi di PCCC. Terima kasih sebab bayarkan nasi goreng kampung yang saya makan. Terima kasih jugak sebab hantar balik office[dengan selamatnye].di sana ada Faris dan Ann. Tak mungkin ‘dia’ ingat.


Kali ketiga jumpa, di Jabatan Pelajaran Negeri. Terima kasih untuk milo panas pukul 11 dan hantar balik office, lagi sekali. ...mustahil ingat.


Rasa macam nak makan bihun tomyam la.nyumm.. nyumm..[iklan]


Kali keempat jumpa di mahkamah. Kali kelima jumpa di lorong kulit. Kali keenam jumpa di tingkat enam canselori. Kali ketujuh jumpa di istimewa. Kali kelapan jumpa di... kali kesembilan, kali kesepuluh, kali kesebelas, kali kedua belas, kali ketiga belas, kali ke empat kelas, kali ke lima belas, kali keenam belas, kali ketujuh belas, kali kelapan belas, kali ke sembilan belas, kali kedua puluh, kali kedua puluh satu, kali kedua puluh dua, kali kedua puluh tiga...


Aku peduli kalau dia tak gembira. Dan aku lagi peduli kalau tak tahu macam mana nak gembirakan dia.hmm..

Friday, January 16, 2009

Aku benci menjadi manusia sensitif.

Sebab aku perlu peduli kalau hari ini dia tak gembira. dan aku lagi peduli kalau aku tak dapat gembirakan dia.

Nak gembirakan jee, aku perlukan ais krim.
Nak gembirakan ketua layout, aku perlukan Livita.
Nak gembirakan ultraman, aku perlu sediakan telinga.[dan laptop aku rasa]
Nak gembirakan puan rumah, aku perlu kata “YA”.
Itu belum kes-kes terpencil

Gembirakan aku?terima kasih

Marah aku, kalau aku malas.
Ingatkan aku, jangan biar lupa.
Jeling aku, kalau boros belanja.
Biarkan aku, kalau diam tak mahu berkata.
Kejutkan aku, kalau terus lena.

Aku benci menjadi manusia sensitif.

Pinjamkan aku kaki, aku tak tahu jalan.
Aku mahu tangan, pimpin aku jalan.
Pentingkan aku, kalau aku penting.
Aku tak suka tunggu, cepat ya.

Aku benci menjadi manusia sensitif. kenapa hanya ada bantal bila aku mahu menagis

Monday, January 5, 2009

satu entri tanpa izin


Tuhan, peliharakan dirinya.

Aku. Hanya itu yang mampu. Sayang kamu.

Aku. Err kamu sendiri tahu. -nickmenza



kalau suka, beritahu dia.