Tuesday, February 24, 2009

mengapa lelaki kacak mesti dah kahwin

pukul 4.30 pagi...


puan rumah telefon. hati berdebar menjawab panggilan. panggilan awal pagi biasanya bukanlah panggilan yang menggembirakan. betul kan?

sama seperti kes-kes sebelumnya, puan rumah dan adik lelakinya akan gunakan taktik yang sama untuk menjerat aku. empat puluh kali dijerat, aku masih tertipu. aku suci kan?

bertanya pemanggil, ada berapa angka dalam akaun CIMB aku.
"ada-lah" aku jawab. ok. aku silap. kalau jawab 'ada-lah' maknanya aku perlu jawab soalan lagi lepas ni.

"ada-lah hang tu berapa?"

ok. biar puan rumah tanya sampai cukup tiga kali. tiga kali maknanya dia melepasi tahap bersungguh nak tahu pasal isi akaun aku.

"kenapa telefon pagi-pagi ni? ada apa-apa ka?" ok. alihkan perhatian. tinggalkan cerita CIMB.
"tak ada apa. hang ada berapa? aku nak guna sikit"

nak guna sikit? boleh percaya ke nih? ke nak test aku jerr..
tsk....
ok.dalam akaun ada RM25. kalau nak guna dulu memang tak cukup. sangat tak cukup. jangan risau pasal aku. stok megi banyak lagi. minggu lepas dah deposit cek RM100. dan aku ada ultraman ngan jee. boleh pow bila-bila suka. =)

aku rasa macam nak gelak kuat-kuat bila puan rumah menangis risaukan aku. [ok. aku rasa puan rumah tak pernah menangis sebab aku. rindu la tu. aku dah pesan...jangan rindu aku!] sampai tak boleh tido dan kemudiannya guna telefon tuan rumah untuk telefon aku. dan siangnya tuan rumah mendapat arahan daripada puan rumah untuk hantar nasi [bekal kasih sayang dari rumah.] untuk aku. amacam, jeles tak?

baiklah, aku ada alasan nak balik umah minggu depan. ada ion yang perlu di cas semula.

p/s: puan rumah dan adik lelakinya seringkali gunakan taktik nak pinjam duit dari aku. itu satu-satunya cara nak tau aku da duit atau tak. cara lain, curi tengok beg duit. berdedikasi sungguh.

2 comments:

Saya mahu kurus said...

juz 1 2 say that u've such a nice blog..lalalala...

chafizomie said...

cis. cis. dan cis...berdedikasi sungguh ko. mana dapat link blog aku nih?