Saturday, June 14, 2008

Sekolah xder Yuran


Aku buka sekolah<<

Dalam usaha aku mengekalkan ketamadunan yang kian terhakis tanpa mengikis, aku telah membuat keputusan untuk membuka sebuah sekolah. Institusi yang tiada pihak menaruh minat untuk mensponser ini telah mendapat biayaan sepenuhnya dari owner yang suka buat apa yang dia suka buat dan langsung tidak mempedulikan benda-benda yang dia tidak suka buat, iaitu aku.

Sekolah yang aku buka ini akan mempunyai kelas-kelas mengikut tahap kekhilafan dan kedaulatan seseorang. Apa yang istimewa mengenai sekolah ini adalah aku tidak memperuntukan insuran malu atau sehelai tisu sekalipun untuk menutup tahi lalat sekiranya disekolahkan di hadapan orang ramai.

Menyahut seruan globalisasi, aku juga tidak akan mengira warna kulit, garis kedutan di wajah, warna baju, jumlah uban, rakan taiko atau berapa banyak master card yang dia ada dalam memastikan orang_yang_aku_maksudkan menyerap pembelajaran yang diterima secara percuma ini. Dengan rasa macam best, aku mempertaruhkan MP4 aku yang dapat merakam pesona-pesona yang menyapa pandangan biarpun berkapasiti 1.3M pixels sahaja.

Sementelah menggariskan unsur-unsur yang dirasakan perlu, misi dan visi sekolah ini juga masih dalam proses memperkasakan organ dalaman sebelum diangkat sebagai kuasa veto yang memandotorikan apa yang dipanggil ISA, OSA atau APS. APS?? Ya...Aku Punya Suka!!

Sekian dulu proposal untuk buka sekolah ini. Malah aku belumpun lagi memikirkan nama yang sesuai kepada sekolah yang akan di buka dengan kehadiran unsur-unsurnya sahaja. Sebarang cadangan bolehlah menghubungi PA aku.

No comments: