Sunday, June 8, 2008

Wajib Baca, Haram kalo Buat Xtau


Adalah dimaklumkan bahawa ini adalah ruangan rasmi aku. Aku berhak 175% keatas, kedalam, kesisi dan keseluruhan blog ini. Sebarang urusan tidak rasmi sila berhubung terus dengan personal assistant aku yang begitu setia tanpa kompromi biarpun aku tidak pernah bayar gaji. [chafizomie_86@yahoo.com].

Sementelah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, perkara 152, 153 dan artikel 149 (2) (a) dan (b) memperuntukan hak kebebasan bersuara dalam negara demokrasi biarpun masih terletak pada budi bicara parlimen untuk pindaan atau ‘menindan’. Dimaklumkan juga aku takkan pernah untuk mengajak pembaca-pembaca blog aku untuk berpiket atau berdemontrasi biarpun aku maklum ini adalah ruangan untuk ‘menunjuk perasaan’.

Dalam kes yang bukan julung kali berlaku ini, aku meletakkan PA aku sebagai taruhan sekiranya ada pihak yang ingin berkongsi ‘perasaan’ berkaitan apa yang [telah, tengah, sedang, masih, akan dan dalam perancangan] aku tulis ini sebagai wadah untuk menggodam sewaras mungkin berdasarkan logik akal kerana aku yakin dan percaya...semua blogger di Malaysia adalah bloger bertamadun.

Dengan penuh takzim aku memuji blogger semua, sebagai imbal balas aku ingin dibuktikan yang aku betul dengan kewarasan dan ketamadunan mereka_yang_aku_maksudkan.

Memegang mandat sebagai ‘owner’, aku ingin pastikan semua yang penah masuk blog ini tidak keluar dengan sesatnya bukan kerana aku sediakan peta atau tambang bas, tetapi kerana ini bukanlah blog yang menghentam orang tanpa sebab melainkan mereka-mereka_yang_aku_maksudkan ada kena mengena dengan aku. Aku punya bukti yang tidak dapat menghalang aku dari terus bersuara menggunakan medium yang orang bertamadun guna-pakai sehingga pak lah sendiri mengakui kehebatan arena blog, blogging dan blogers ini.

Sementelah aku adalah rakyat Malaysia dengan barcode bernombor 86*52*-02-5*5* seperti yang telah diberikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, dan di sahkan kelahirannya oleh mak dan abah aku, aku ingin mengingatkan kepada sesiapa yang membaca waima satu perkataan dari blog ini agar jangan memasang angan-angan untuk menyaman aku di mana-mana mahkamah termasuk ICJ yang ada pada kurun ini atau kurun akan datang.

AKU MELAYU BARU

Memandangkan aku adalah rakyat Malaysia aku ingin mewar-warkan bahawa tanpa mana-mana proksi, aku darah anak Malaysia dan aku Melayu baru yang berusaha mengekalkan ketamadunan yang ada dalam diri sendiri. Ingin aku khabarkan ke serata pelusuk dunia bahawa aku yang dikenali sebagai rutames_ultraman langsung tidak pernah bersua muka dengan ultraman yang dimaksudkan. Jangan pernah berkata aku berbohong kerana ultraman_yang_aku_maksudkan adalah exrumate aku.

Tanpa penaja [gold sponser atau venue sponser], sesungguhnya aku lebih mengagumi Tun Sri Lanang, Hang Tuah dan Hang Jebat bersaudara, berbanding Power Rangers atau Satria Perkasa Hitam apatah lagi Power Puff Girl yang langsung aku xpernah tengok. Biarpun adakalanya aku akan menggunakan perkataan ‘gaban’ , ingin aku maklumkan bahawa gaban membawa maksud hiperbola pada aku dan bukannya aku meletakkan Gaban sebagai superhero aku. Sebagaimana yang telah aku katakan pada kelahiran sebelum ini, _yang_aku_maksudkan sekali-kali tidak sama atau berselisih makna dengan apa yang_orang_lain_maksudkan.

Oleh itu, macam yang spider dah jual,....peluh ilham jadikan duit. Nyawa badan jadikan diriku. Original copy by, watashi>rumates_ultraman.

No comments: