Tuesday, October 28, 2008

Lelaki-lelaki yang aku panggil Abah, Abang dan Adik

Semalam tonton run papa run, lakonan Louis koo.jalan cerita perlahan.aku bosan.
Dan lagi…ia bermain dengan emosi.mungkin aku silap

Abah
Aku tidak pernah minta dia lari,tetapi dia tetap tidak pulang.

Abang
Sebelum tidur teringat abang aku.apa khabar dia.aku mulai risau sebab kalau dia baik-baik disana, tentu dia sudah hubungi aku.ayat yang ditanya selepas “tengah buat apa?” mesti “ada duit dak?”

Aku betul.pagi tadi dia baru hubungi aku. Nak pinjam duit.hmm…aku dah agak dia memang tengah kopak sekarang sebab pagi raya dulu bukan main stedy bagi aku duit raya.paling banyak aku pernah dapat.

Dia memang abang dan tolong jangan jadi orang lain. you scratch my back, I scratch your back!!

Nak mintak dengan kak?baik pinjam dengan member.

Adik
Dua tiga minggu lagi nak SPM tapi masih study depan tv. Dah tak tahu macam mana nak ‘sekolahkan’ dia.sekarang baru ok sikit.sebelum ini, malam baru ada di rumah.futsal.gym.bola baling.angkat berat

Dia suka bercerita [tengok angin] tetapi pendiam.mujur saja dia rapat dengan aku sampai senarai awek dia pun dalam tangan aku.nak belikan hadiah untuk awek pun tanya aku jadi aku punya access penuh terhadap telefon dia.berdedikasi punya adik!!

Malam aku sampai di rumah hujung minggu lalu, dia ceritakan sesuatu. Sesuatu yang aku jangkakan sebelum ini tetapi bukan macam ini.
Dia ada mak angkat,ayah angkat, keluarga angkat.yang memang tidak ada kena mengena dengan aku dan aku tidak mahu terkena aku.serius.

Sorry to said, aku tidak jumpa perkataan lain kecuali GELI. Betul aku geli.

Ada jugak aku cakap dengan kak aku.aku beritahu dia aku geli. Dia diam…aku tidak tahu apa yang aku fikir.tetapi aku memang tidak mahu seorang, dua orang atau tiga orang lagi ‘mak’. Geli. Cukuplah dengan seorang mak tiri yang sekarang entah dimana. Aku tidak pernah mahu tahu semua itu.mak mertua?mungkin…

Adik tiri? Abah aku tidak punya harta untuk kamu tuntut dari kami.

Bila kak aku diam, aku fikir apa yang kak aku fikir.ya…kasihan adik yang sorang tu. Dia cukup kecil untuk fahami apa itu kehilangan hakiki.




...




Aku bukan yang paling bertuah,tapi aku bahagia dengan seorang abah,arwah mak, seorang kakak, seorang abang dan seorang adik. Seorang abang ipar. seorang kakak ipar juga seorang adik ipar.mungkin.

Jadi aku tidak punya alasan untuk mengangkat atau diangkat.
terima kasih sajalah.

aku memang macam ni...

5 comments:

jebatsari said...

i m touched.

chafizomie said...

kenapa ultraman diam? sedang bertukar agaknya...

chafizomie said...

rasa macam nak tulis satu lagi entri.letak judul...'Seorang Lelaki Yang Aku Panggil Abang Jebat' macam mana?

Anonymous said...

dear rumate_ultraman,
emmm, kita ada pendapat yg sama psl angkat mengangkat. tahniah akhirnya ada gak 1 pendapat yg sama hehehe

chafizomie said...

ultraman!! malam ni tido luar.heh