Saturday, January 31, 2009

tiga puluh satu januari dua ribu sembilan [saja nak tiru abang fazallah..]


Tak mungkin ‘dia’ ingat. kali pertama jumpa, dia berkemeja putih. Disana ada siti, kak liza, kak erma dan kak akma.


Siti gembira sangat sebab dia ada kad nama pemberian ‘dia’. Dan dengan gembira jugak dia tunjukkan aku kad putih yang lagi kecik dari tapak tangan aku. Tak cemburu pun..


Kali kedua jumpa, [err...kejap nak check diary.heh] kali kedua jumpa lagi di PCCC. Terima kasih sebab bayarkan nasi goreng kampung yang saya makan. Terima kasih jugak sebab hantar balik office[dengan selamatnye].di sana ada Faris dan Ann. Tak mungkin ‘dia’ ingat.


Kali ketiga jumpa, di Jabatan Pelajaran Negeri. Terima kasih untuk milo panas pukul 11 dan hantar balik office, lagi sekali. ...mustahil ingat.


Rasa macam nak makan bihun tomyam la.nyumm.. nyumm..[iklan]


Kali keempat jumpa di mahkamah. Kali kelima jumpa di lorong kulit. Kali keenam jumpa di tingkat enam canselori. Kali ketujuh jumpa di istimewa. Kali kelapan jumpa di... kali kesembilan, kali kesepuluh, kali kesebelas, kali kedua belas, kali ketiga belas, kali ke empat kelas, kali ke lima belas, kali keenam belas, kali ketujuh belas, kali kelapan belas, kali ke sembilan belas, kali kedua puluh, kali kedua puluh satu, kali kedua puluh dua, kali kedua puluh tiga...


Aku peduli kalau dia tak gembira. Dan aku lagi peduli kalau tak tahu macam mana nak gembirakan dia.hmm..

Friday, January 16, 2009

Aku benci menjadi manusia sensitif.

Sebab aku perlu peduli kalau hari ini dia tak gembira. dan aku lagi peduli kalau aku tak dapat gembirakan dia.

Nak gembirakan jee, aku perlukan ais krim.
Nak gembirakan ketua layout, aku perlukan Livita.
Nak gembirakan ultraman, aku perlu sediakan telinga.[dan laptop aku rasa]
Nak gembirakan puan rumah, aku perlu kata “YA”.
Itu belum kes-kes terpencil

Gembirakan aku?terima kasih

Marah aku, kalau aku malas.
Ingatkan aku, jangan biar lupa.
Jeling aku, kalau boros belanja.
Biarkan aku, kalau diam tak mahu berkata.
Kejutkan aku, kalau terus lena.

Aku benci menjadi manusia sensitif.

Pinjamkan aku kaki, aku tak tahu jalan.
Aku mahu tangan, pimpin aku jalan.
Pentingkan aku, kalau aku penting.
Aku tak suka tunggu, cepat ya.

Aku benci menjadi manusia sensitif. kenapa hanya ada bantal bila aku mahu menagis

Monday, January 5, 2009

satu entri tanpa izin


Tuhan, peliharakan dirinya.

Aku. Hanya itu yang mampu. Sayang kamu.

Aku. Err kamu sendiri tahu. -nickmenza



kalau suka, beritahu dia.


Wednesday, December 31, 2008

ultraman. satu penderaan domestik


kepada yang berminat, ingin aku maklumkan bahawa sekarang ultraman sedang melayan seorang lelaki bernama H A K I M. mintak maaf ya.....kamu terlambat.

untuk tips [kalau-kalau diperlukan]

# ultraman tertarik kepada lelaki berbaju putih. jadi untuk temu janji pertama, pastikan anda berbaju putih.


[mintak-mintak tak ada yang kena tidur luar malam ni]

regards,
rumate_ultraman

Thursday, December 11, 2008

bila hidup hanya hitam dan putih

Terlalu mulia kalau aku panggil kau lelaki.


Aku menulis dengan emosi.jadi jangan baca.


Satu kisah.benar dan jijik. Seorang perempuan akan berkahwin dengan lelaki yang dah ambil ‘dara’ nya. Konon berbuat begitu atas tiket ekspress dengan cop VIP supaya si perempuan tidak menjadi milik orang lain.bagus.


Dan pada aku si perempuan memang bodoh kalau setuju dengan perkahwinan itu. Ah…perempuan zaman sekarang memang makin bodoh dan lelaki zaman sekarang makin tak guna.


Benar. Si perempuan akan berkahwin dengan lelaki yang ‘bunuh’ dia. Sebab si lelaki masih simpan darah yang konon ‘dara’ si perempuan. Khabarnya tisu berdarah itu masih merah dan belum bertukar warna. Jangan tanya aku bagaimana dan kenapa.aku tak tahu.


“kat mana tisu tu? Tak cuba amik balik?”

“ada dalam beg duit dia. Susah nak amik”

“damm”


Mengugut mahu tunjukkan tisu kepada keluarga si perempuan jika tidak mahu berkahwin. Cincin tanda sudah di jari tapi kini keduanya buat hal masing-masing. Tak ada ‘abang’. Tak ada ‘sayang’. Hanya ada ‘aku’ dan ‘hang’.jebat.hebat.


Itu belum hutang tiap-tiap bulan yang belum tentu si lelaki akan bayar semula kepada si perempuan.


Dan sekarang, si perempuan hanya ‘hidup’ untuk keluarganya.bukan untuk diri sendiri, bukan untuk lelaki itu dan bukan untuk lelaki-lelaki lainnya.


katanya jika perkahwinan itu tidak berlangsung dia tak akan berkahwin dengan sesiapa pun. Kotor. Lihat, dia pukul hati sendiri.dia bunuh rasa di hati. Itu yang kau mahu?


Aku tak silap.

Benar. Terlalu mulia kalau aku panggil kau lelaki.

Sebab kau jantan tak guna!!


Babak lain, keluar dengan si teman lelaki. Makan. Jalan-jalan. Balik. Dalam perjalanan, si teman lelaki berhentikan kenderaan di tengah sawah. Gelap. Sunyi. Si teman lelaki tarik baju si teman wanita hingga tercabut butang kemeja. Menepis dan menangis.tiada apa-apa.


Kemudian berkata si teman lelaki yang dia hanya menguji, dan tak sangka si teman wanitanya mudah ‘memberi’.bijak.aku kenal lelaki ini.kau mahu yang macam mana?


Aku tak silap.

Sungguh. Terlalu mulia kalau aku panggil kau lelaki.

Sebab kau jantan tak guna!!


Cerita lain, juga keluar dengan teman lelaki. Makan. Jalan-jalan. Balik. Berhenti di lebuhraya. Malang si teman wanita sebab berbaju kurung hari itu. Kamu tahu apa yang berlaku.dan aku juga kenal lelaki ini.


Kau bakal cikgu geografi yang aku sumpah.


Aku tak silap.

Ya.Terlalu mulia kalau aku panggil kau lelaki.

Sebab kau jantan tak guna!!


si perempuan terlalu berani, tak berhati-hati dan bodoh. Patutnya dia boleh mengagak dan cuba mengelak sebab ketiga-tiga kes berlaku pada perempuan yang sama. Kau patut tahu apa perlu buat dalam zon hijau, zon kuning dan zon merah, kawan.


“dah maghrib. Jom balik. And if anything, please let me know”. –aku

Tuhan,aku nak respon macam mana?


Dan kalau kau boleh hadiahkan dia kerongsang, mengapa kau nak hadiahkan dia anting-anting?


Manusia ialah makhluk yang menyedihkan. Kita dikurniakan Tuhan dengan akal tetapi disumpah dengan nafsu-encik lucius

Friday, November 21, 2008

cikai-kamu-kami-aku



Owh…universiti penang kita membuka lompang ruang untuk mereka-mereka bergred cikai untuk menjawat jawatan yang masih kosong.


Dan masih kosong bererti ada kosong lagi walaupun sebelum ini ada usaha untuk mengisi.tahu?


Bagi sesiapa yang ingin memohon jawatan pegawai tadbir pula, bersedialah untuk ditemuduga sebanyak empat kali. Itu pun kalau kamu berjaya ke ujian saringan peringkat pertama.


Dan masih kosong bererti ada kosong lagi setelah diisi oleh kamu-kamu yang pergi ke Beijing, Filiphina dan United Kingdom atas tiket mewakili kami-kami yang dihambat untuk keluar mengundi pada pilihanraya kampus dulunya.


Dan masih kosong itu juga bererti ada kosong lagi untuk kamu-kamu yang sekarang bekerja menguruskan barang-barang di stor gedung beli-belah yang canggih sikit untuk waktu ini, disini. tidak perlu aku maklumkan, kamu-kamu yang sekarang menguruskan stor tentu saja sudah tahu kamu hanya mampu angankan ‘uniform biru’ sahaja yang konon-konon tugasnya menjaga keselamatan kami-kami. ‘Polis universiti’ kata makcik-makcik.


Kamu-kamu yang lain, jika ingin terus bekerja sebelum bergraduasi pilihlah untuk mengikut jejak langkah pemimpin perwakillan di tempat kamu belajar.


Buka apa, supaya daripada PNGK cikai-cikai kamu itu, kamu berjaya menerima pingat emas naib canselor berdasarkan keaktifan dalam menjayakan pelbagai aktiviti rasmi universiti. tahu?


Dan supaya sebelum orang lain dipanggil untuk temuduga, kamu sudah bergelar penolong pendaftar di institud latihan siswazah. Paling cikai la…


Aku? Aku cikai. Mana layak nak jadi wakil kamu-kamu

Wednesday, November 19, 2008

[edisi lengkap] Memukul Hati [sepatutnya begitu]

pukul hati. bunuh rasa.

turning-kick
backhand
flying-kick
punch
strike
bek-hak

sepatutnya begitu.
tak mampu tipu diri sendiri pun...macam mana nak tipu orang lain.

dan kamu, encik yang bekerja di tingkat 58, KOMTAR. berhenti ambil 23 jam daripada 24 jam aku. boleh?

***
cha cha. anyone?
ultraman asyik lupa step.

***
aku: jee, apa tu?
jee: bonggol...
aku: bagus. esok saya tanya lagi ye...

dan aku sedang membina watak-watak alam menjadi pesona aku supaya nanti setiap kali mereka_mereka_yang_aku_maksudkan melihat watak-watak itu, mereka ingatkan aku.
tidak boleh tidak, jangan lupa rindu aku

Thursday, November 13, 2008

email yang terpilih

aku bosan mendelete email-email yang sama dalam inbox aku tiap-tiap hari.

hidayahnet. entah bila aku jadi member pun tak tahu.. rasa macam nak menjerit "jangan forward kat aku!" tepi telinga sorang-sorang je. tapi lepas itu aku pilih-pilih jugak nak mendelete email. kalau subjeknya menarik, aku baca.

dan ini email yang terpilih...eh..aku pilih untuk tidak mendelete
.........................................................................................................

Sang Semut makhluk Allah yang mungil

Apabila semut disebut kita pasti menanggapi ia adalah sejenis makhluk Allah yang kecil tubuhnya. kita selalu menemuinya di mana-mana namun tidak pernah benar-benar kita perhatikan, makhluk mungil ini yang sangat berketerampilan, sangat bersosial, dan sangat cerdas tetapi ingat kekadang ia berbisa hingga membawa mati dibuatnya. Tetapi pada waktu lainnya ia adalah seekor semut kecil yang menghiburkan.


Siapakah Sang Semut?

Semut diketahui menghuni Alam ini sekitar 80 juta tahun lampau.namun bilakah ia dijadikan, hanya Allah yang mengetahuinya. Semut adalah serangga eusosial yang berasal dari keluarga Formisidae, dan semut termasuk dalam ordo Himenoptera bersama dengan lebah. Para cerdik pandai menyatakan semut terdapat kira-kira 12000 kelompok semuanya.Ada semut pekerja,semut pejantan, dan ratu semut.

manusia mengenalinya dengan pelbagai nama, semut api kerana bisanya menyakitkan seumpama api apabila menyengat, semut Kongkiak, semut Hitam yang hitam warnanya, semut Sulaiman yang dinamakan sempena kisahnya bersama nabi Sulaiman Dalam Al Quran dan semut Gatal kerana gigitannya yang menggatalkan.

Dalam Kehidupan kita seharian amat dekat dengan makhluk ajaib ini,kerana dekatnya manusia dengan semut, namanya seringkali diabadikan pada sesuatu, misalnya nama tempat Kota Sarang Semut (Alor Setar , Kedah sana nu), Kuih Sarang Semut, hinggakan terdapat sebuah setesen keretapi di Surabaya dikenali dengan nama "Semut". Kisah semut juga turut diabadikan dalam filem animasi yang berjudul Ant. Peribahasa Melayu turut merakamkannya dalam ungkapan "Ada gula, ada semut. Semut jugadikisahkan dalam lagu-lagu melayu seperti enjit-enjut semut dan " Semut Merah". Menarik bukan.

Keajaiban dan fakta menarik tentang semut

1.Semut mempunyai 500.000 sel saraf yang termuat dalam 2 atau 3 milimeter tubuh mereka.(HarunYahya)

2.Semut berkomunikasi dengan isyarat kimiawi iaitu Semiokemikal zat kimia yang digunakan semut untuk tujuan menetapkan komunikasi.

3.Semut yang paling berbahaya adalah semut bulldog hitam dari australia,bisanya mampu membunuh manusia.

4.Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang.

Istimewanya makhluk Allah ini

Cuba perhatikan kehidupan masyarakat semut.Teknologi, kerja gotong-royong, strategi ketenteraan, jaringan komunikasi yang maju, hierarki yang rasional dan cerdik, disiplin, perencanaan kota yang sempurna dan pelbagai ciri lain yang amat istimewa untuk di ambil

Firman Allah yang bermaksud:


"Dia-lah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Mem-bentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Paling Baik. Bertasbih kepadanya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Maha perkasa lagi Mahabijaksana." (QS. Al-Hasyr, 59:24)

Semut Dalam Al Quran

Allah mengabadikan kisah semut diadalam Al Quran, istimewanya Allah menamakan satu surah dengan di dalam kitab suciNya dengan nama An Naml iaitu semut.Surah yang ke 27 dalam alquran dengan kandungan 93 ayat semuanya.Kisah tersebut diceritakan Allah dalam Ayat 18 dan 19 dalam surah ini.

Allah mengisahkan dengan firmannya yangbermaksud:

(Maralah angkatan itu) hingga apabila merekasampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari".

(Surah An-Naml, Ayat 18)

Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".

(Surah An-Naml, Ayat 19)

Demikianlah dua ayat yang merakamkan kisahperbualan semut dan nabi Allah Sulaiman.Kisah agung ini memaparkan betapa semua binatang dan makhluk lain memahami dan menyanjungi nabi Sulaiman sebagai raja dan pemerintah. Ketua Semut memerintahkan sekalian rakyatnya membrikan sepenuh kerjasama kepada tentera nabi sulaiman yang melalui kawasan meraka agar tiada rakyatnya yang terbunuh akibat gerakan dahsyat para tentera lalu nabi Sulaiman mendengarnya, baginda tersenyum, menegur semut lalu berdoa mensyukuri nikmat Allah.

Perihal semut dalam Hadis dan sekitar hukum mengenai semut.

Dalam hadis riwayat Ibnu Abbas Rasulullah s.a.w. melarang membunuh empat jenis haiwan melata, yaitu semut, lebah, burung hud-hud dan burung sejenis jalak. (h.r. Abu Dawud sahih)

Khatabi dan Baghawi menegaskan bahwa semut di sini bukan semua jenis semut, tapi semut Sulaimaniyah, yaitu semut besar yang tidakmembahayakan dan tidak menyerang manusia.*

Adapun semut-semut kecil yang mengganggu serta menyerang manusia, maka boleh dibunuh. Imam Malik mengatakan makruh hukumnya membunuh semut yang tidak membahayakan. Namun meskipun boleh membunuh semut, tapi sebaiknya mebunuh semut dengan cara tidak membakarnya, karena ada hadith yang menegaskan bahwa yang berhak menyiksa dengan api adalah Tuhan api. (h.r. Abu Dawud dari Ibnu Mas'ud).*


Dalam kitab Tuhfatul Muhtaj, Syah Minhaj (40/403) karangan Imam Zakariya al-Anshori dijelaskan bahwa apabila semut jatuh ke madu kemudian madu itu dimasak, maka boleh dimakan semut tadi bersama madu, tetapi kalau jatuh di dalam daging yang memungkinkan memisahkan bangkai semut tadi, maka tidak boleh memakannya danharus dipisahkan dari daging yang dimasak.*


Imam Ghozali dalam kitab Ihya Ulumuddin (1/438) juga menegaskan bahwa apabila semut atau lalat terjatuh ke dalam periuk makanan, maka tidakharus menumpahkan dan membuang semua makanan yang ada dalam periuk makanan tadi, karena yang dianggap menjijikkan adalah bangkai semut atau lalat tadi, selagi mana keduanya tidak mempunyai darah maka tidak najis, ini juga menunjukkan bahwa larangan makan keduanya karena dianggap menjijikkan. *

Pengajaran

Sesungguhnya Allah maha agung untuk menjadikan sesuatu. setiap makhluk yang diciptakan Allah ada peranan dan manfaatnya masing-masing. Maha Suci Allah yang tidak menjadikan sesuatu sia-sia.


Firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih ber-gantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Mahasuci Engkau. Maka, peliharalah kami dari siksa neraka."(Surah Ali 'Imran, Ayat 190-191)

..........................................................................................


aku nak balik. tapi kalau aku balik, for sure aku akan duduk rumah dan takkan keluar. penah sebulan tak keluar rumah. sampai tahap kak aku nak open table pun malas nak keluar jugak. last-last kena duduk rumah sorang-sorang. bosan gila.

kalau kak aku nak open table dan aku malas nak join, mesti kena marah. haih...malas betul.nak kena tukar baju, berbedak.sebab aku bukan cosa nostra

sekarang rajin sangat bermalasan. macam tak ada life.

Sunday, November 9, 2008

Memukul Hati [edisi tajuk entri]

*
*
*

sekian,
terima kasih.

updated

When you love someone so much, it HURTS. Sakit macam neraka!-lelaki kuat fizikal

Friday, November 7, 2008

The Rock.Ahmad Dhani.Barack Obama.




aku bisa menjadi raja yang paling ditakuti

aku bisa taklukkan segala bangsa di dunia

tapi apa artinya bila kau tak cinta -ABSS


aku bukan siapa-siapa untuk ucap tahniah kepada dia.
ah...mujur saja kau tidak berebut-rebut nak kan kerusi yang ada di Malaysia.